Pasti anda
tidak suka dibohongi bukan, terutamanya dari suami anda? Pernahkan
suami anda berbohong kepada anda? Jika pernah, selalukah suami anda
berbohong kepada anda? Bagaimana perasaan anda apabila mengetahui yang
anda telah dibohongi? Jika suami anda pernah mengaku dengan rela hati
yang dia telah berbohong tentang sesuatu perkara, pasti dia merasakan
perkara itu sesuatu yang berat dan tidak mampu lagi untuk disembunyikan
dari pengetahuan anda. Tidak jujur dalam perkahwinan memang amat
menyakitkan. Lebih-lebih lagi jika anda sentiasa jujur dengan suami
anda. Sikap terbuka dan berlapang dada adalah penting untuk
menggalakkan suami supaya bercakap benar. Kebiasaannya lelaki tidak
akan berbohong kepada isterinya jika tiada sebab. Ok, di bawah ini
adalah 7 sebab mengapa suami berbohong kepada isterinya.
1. Menjaga hati isteri
Kaum wanita dikurniakan dengan perasaan yang halus. Kaum lelaki telah sedia maklum akan perkara ini. Seorang suami akan sedaya upaya menjaga hati isterinya agar tidak terguris dengan hal-hal yang agak yang berkaitan dengan perhubungan seperti mertua, anak-anak, jiran tetangga dan dalam hubungan suami isteri itu sendiri.
2. Mengelakkan isteri bersedih
Suami akan mudah berbicara tentang perkara-perkara yang menyenangkan hati isterinya berbanding perkara-perkara yang membuatkan isterinya bersedih. Suami akan mudah bercerita tentang dia dinaikkan pangkat daripada bercerita tentang dia dibuang kerja.
3. Mengelakkan pertengkaran serta konflik
Bak lirik lagu Tan Sri P.Ramlee, sedangkah lidah lagi tergigit...inikan pula suami isteri. Sambungannya lagi...buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi. Kebanyakan suami tidak mahu berkonflik dengan isterinya kerana mereka tinggal serumah. Kalau tak, silap-silap hari bulan kena tidur kat luar.
4. Sudah biasa bercakap bohong
Berbohong ini adalah suatu tabiat. Jika dia sudah terbiasa menipu, dia merasakan yang perbuatan itu adalah biasa baginya. Dimulai dengan sikap yang tidak jujur, kemudian dia akan berbohong untuk menutupi ketidak jujurannya itu. Apabila ianya dilakukan setiap hari, ianya akan sebati dengan dirinya sehinggalah ke alam berumahtangga.
5. Perangai isteri itu sendiri
Percayakah anda jika saya katakan, kebanyakan suami terpaksa menipu isteri adakah kerana sikap isterinya sendiri. Jika berkata benar, alamatnya isterinya akan marah atau merajuk berhari-hari. Selain itu sifat isteri yang sentiasa dominan, nak selalu menang saja, suka mengatur mengikut caranya sahaja dan mahukan yang terbaik sahaja adalah sebab musabab mengapa suami lebih suka berbohong daripada bercakap benar.
6. Isteri yang mudah ditipu
Dalam perkahwinan, sikap saling percaya mempercayai adalah sangat-sangat penting. Tetapi sayangnya, ramai suami yang mengambil kesempatan atas kepercayaan tersebut. Mereka menyalahgunakan kepercayaan tersebut untuk kepentingan dirinya. Mereka menganggap isteri mereka mudah ditipu padahal merekalah yang menjadi penyebab isteri mereka sudah tidak percayakan mereka lagi. Bila sekali wanita ditipu, sukar untuk mereka melupakannya.
7. Berskandal atau curang
Semua lelaki dan perempuan tidak suka pasangannya berlaku curang terhadapnya. Namun begitu terlalu ramai yang suka melakukan kecurangan terhadap pasangan masing-masing terutamanya kaum lelaki. Suami akan berbohong untuk menjaga rahsianya berskandal dengan wanita lain tanpa pengetahuan isteri. Alasan-alasan seperti out station, kerja over time dan sebagainya telah biasa digunakan untuk mengelabui mata isteri mereka padahal mereka sedang berseronok bermain kayu tiga di luar sana.
Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini: