Luahan: Zairina
Saya berumur 26 tahun dan mempunyai dua orang anak sendiri. Saya berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak sejak tiga tahun yang lalu. Suami berumur 32 tahun yakni 6 tahun lebih tua dari saya. Bukanlah tujuan saya untuk membuka aib suami sendiri, tetapi sekadar untuk meluahkan perasaan yang telah lama terbuku di hati saya.
Masalah saya agak berat juga. Suami saya sedang gila talak dengan bekas isterinya yang telah diceraikan empat tahun yang lalu. Suami berkahwin dengan saya setelah setahun dia menduda. Saya mula mengesan kecurangan suami sejak enam bulan yang lepas apabila saya terdengar suami berbual-bual mesra dengan jandanya di dalam telefon.
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Hampir setiap hari perempuan tu akan call dan whatsapp suami. Bila saya bertanya, suami katakan yang dia nak bertanya tentang anak-anak. Seiap hari berbalas message dan berbalas gambar selfie yang menjolok mata. Itu pun suami katakan pasal anak-anak. Padahal anak-anaknya hanya sesekali sahaja berbual-bual dengan ibunya tu.
Setiap kali balik dari kerja, suami terus mengadap handphone sampai ke malam kerana berbalas-balas message dengan jandanya. Jika suami berskandal dengan perempuan lain, saya tak sakit hati sangat. Ni suami berskandal dengan jandanya yang dulu telah buang suami semasa suami susah dulu. Yang saya difahamkan, mereka bercerai kerana suami diberhentikan kerja dan meninggalkan mereka anak beranak dalam kesempitan.
Selepas setahun suami bercerai, saya berkenalan dengan suami. Di mengikuti kursus pengurusan yang di anjurkan oleh jabatan tempat saya bertugas. Dia berjaya memikat hati saya dan kami berkahwin beberapa bulan selepas itu. Saya menerimanya seadanya bersama anak-anaknya yang saya anggap seperti anak sendiri. Keluarga saya pun tidak membantah dan merestui perkahwinan kami.
Berbalik mengenai janda suami, memang dasar perempuan tak tahu malu. Bila anak dah besar dan suami dan ada jawatan yang bagus, barulah dia terhegeh-hegeh nak mengorat suaminya balik. Jika nak mengorat orang lain, saya tak kisah. Ini dia mengorat suami saya sendiri...yang bersusah senang dengannya selama ini.
Kalau mereka nak berbaik dan nak berkahwin semula, saya akan mengalah. Saya dah berdepan dengan perempuan tu dan katakan yang akan berundur diri jika mereka nak berkahwin. Janda tersebut siap jawab, mereka lebih seronok dengan cara sekarang ni daripada rujuk balik. Saya memang tak faham betul dengan perempuan ni. Saya dah kasi laluan untuk menghalalkan hubungan, dia pula menolak dan nak teruskan perhubungan yang haram.
Setiap hari whatsapp bersayang-sayang, kemudian dengan gambar-gambar selfie yang tak senonoh. Saya bacanya pun rasa geli geleman. Suami pun dah macam kena bomoh, ikut saja cakap jandanya tu. Makin suami layan, makin menggatal perempuan tu nak goda-goda suami saya. Suami langsung tak nak jaga hati saya. Memang benar kata orang, sampah yang tak berguna, boleh dikitar semula seperti suami dan jandanya ni.
Saya dah tak tahu nak buat apa sekarang ni. Semakin hari kecurangan suami bersama janda tersebut semakin menjadi-jadi. Saya pun tak tahu apa yang janda tu dah buat sampai suami jadi gila talak macam ni. Saya cuba nak selamatkan rumahtangga saya ni tapi masih tak nampak jalannya. Meminta cerai adalah jalan terakhir bagi saya. Semoga saya diberikan kekuatan untuk mengharungi semua ini.
Semoga kisah di atas memberikan sedikit sebanyak pengajaran buat kita semua. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan