KISAH ISTERI YANG PENUH MUSLIHAT DAN BIJAK MENGGODA


Luahan: Rizal

Sekadar berkongsi sebuah kisah yang sedih tentang salah seorang sahabat saya.

Begini kisahnya...

Sewaktu sahabat saya masih bujang dulu, hidupnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti outdoor seperti mana lelaki-lelaki bujang yang lain. Antara kegemaran sahabat saya ni adalah bermain futsal, memancing di kolam atau sungai, mendaki bukit serta gunung, bercamping, scuba diving dan yang paling-paling kurang pun, lepak-lepak mengeteh di kedai mamak bersama rakan-rakan termasuk saya.

Setelah beliau mendirikan rumahtangga, hobi dan kegemaran sahabat saya ni seolah-olah telah hilang satu persatu bagaikan gugurnya daun dari rantingnya. Dia berazam untuk menumpukan perhatian kepada rumahtangganya 100% dan ingin menjadi suami mithali, katanya. Setelah kelahiran anak pertamanya, sahabat saya ni semakin commited kerana sudah bergelar bapa pula.

Biasalah jika dah lama berumahtangga, pasti jiwa akan teringat-ingat akan zaman bujang-bujang dulu. Bila dah start ingat, akan jadi rindu dah ingin melepaskan gian buat sekali dua.

Sahabat saya ni mula mengeluarkan joran dan segala macam peralatan memancing. Hasrat di hatinya untuk menghubungi rakan-rakan sepancingnya semula untuk memancing di kolam hujung pekan. Apabila isterinya melihat akan hal ini, isterinya terus menegur suaminya... "Buat apa abang nak memancing? Kat pasar dah banyak ikan...x payah la buang masa abang tu...simpan balik set pancing tu!" Dengan penuh kehampaan, disimpannya semula peralatan tersebut.

Tak lama kemudian sahabat saya ni teringin nak lepak-lepak di kedai mamak seperti zaman dahulu kala bersama rakan-rakan. Dia pun menyatakannya kepada isterinya yang dia ingin ke kedai mamak sebentar, namun ini pula kata isterinya, "Buat abang nak ke kedai mamak tu bang? Kat rumah ni semua ada...kopi, milo, horlick, teh, nescafe dan segala macam air ada. Tak payah pergi, saya boleh buatkan!" Senyap saja dia bila mendengar kata-kata isteri. Dia pendamkan saja hasrat tersebut demi nak menjaga hati isteri kesayangannya tu.

Satu hari sahabat saya ni teringin pula nak bermain futsal. Dalam hatinya pasti isteri akan membenarkannya bersukan. Lagi pun badan akan menjadi lebih sihat jika berpeluh. Setelah menyatakan hasratnya beserta alasan yang difikirkannya tadi, isterinya berkata, "Tak payah nak futsal-futsal. Tolong saya kemas rumah. Nanti potong rumput kat depan rumah, kemudian tolong sapu dan mop lantai sekali. Buat kerja-kerja kat rumah pun dah boleh berpeluh!" Sekali lagi sahabat saya ni hampa namun tak berani nak membangkang demi menjaga hati isteri tersayang.

Suatu hari, sahabat saya ni membawa beg besar dan diletakkan di hadapan pintu rumah. Ketika itu isterinya sedang membasuh pinggan. Isterinya yang ternampak suaminya ingin keluar rumah dengan beg yang besar terus menegur...

Isteri: Abang nak pergi mana ni dengan beg besar? Kalau nak gi camping, lebih baik tak payah lah...rumah kita ni dah cukup besar dah...siap ada banyak bilik...bla...bla..bla... (seperti biasa isterinya memulakan ceramahnya untuk menghalang sahabat saya ni keluar)

Suami: Diam!!! Abang nak keluar dari rumah ni hari ni jugak! Selama ni abang turutkan saja permintaan sayang. Abang cuba nak buat sayang bahagia. Apa yang sayang nak, abang kasi. Abang yang sayang suruh, abang buat. Apa yang sayang larang, abang tinggalkan sampaikan satu persatu hobi abang sayang sekat. Mulai hari ini abang nak tinggalkan rumah ni. Abang nak duduk kat luar dan nak buat apa saja yang abang nak buat!

Isteri: Maafkan saya...abang (isterinya mula menangis). Bagaimana dengan rumah ni?

Suami: Ahhh!!! Awak uruskanlah sendiri...awak boleh buat apa yang awak suka.

Isteri: Macam mana dengan bil api, letrik, astro, unifi?

Suami: Ahh!!! Itu awak punya pasal...saya malas nak ambik tahu!!!

Isteri: Macam mana lak dengan anak-anak?

Suami: Awak kan pandai...uruskanlah sendiri. Kalau tak sanggup, hantar je dia orang kat rumah atuk nenek dia orang! (sahabat saya ni semakin marah)

Isteri sahabat saya ni menangis teresak-esak namun di fikirannya timbul satu idea. Lalu dia mengangkat kain batik sarung yang dipakainya ke paras dada.

Isteri: Bagaimana pula dengan yang ni? (Ujar isterinya sambil mengangkangkan kedua-dua belah peha serta menggoyang-goyangkan sedikit dadanya)

Suami: Yang ni jangan buat pasal!!! Kalau ditinggalkan merana diri abang!!!!

Akhirnya sahabat saya ni tak jadi keluar, lalu memimpin tangan isterinya menuju ke bilik tidur dan mereka pun bahagia.

Moralnya, jagalah hubungan di tempat tidur...lu pikirlah sendiri....

Sekian kisah sedih tentang sahabat baik saya. Dah berkali-kali dia nak ajak saya keluar, asyik kantoi di pertengahan jalan jer...hehehehe


Khas buat kaum isteri....jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan