Luahan: Hanim
Saya berusia 25 tahun dan tidak pernah bercinta dengan suami sebelum berkahwin. Saya sebenarnya hanyalah sebagai 'isteri gantian' selepas wanita yang sepatutnya berkahwin dengan suami saya telah menghilangkan diri di saat-saat akhir majlis pernikahan. Entah mengapa dia melakukan perkara itu, saya pun tidak tahu. Saya ni bagaikan 'mak sanggup' yang terpaksa berkahwin dengan suami untuk mengelakkan keluarga suami malu setelah segala persiapan perkahwinan telah pun siap.
Saya sanggup berkorban demi 'suami yang baru saya kenali' setelah dipujuk oleh keluarga saya namun pengorbanan saya itu hanyalah sia-sia sahaja. Saya bagaikan melukut di tepi gantang walaupun saya adalah 'penyelamat' mereka di saat-saat akhir. Keluarga suami menganggap saya sebagai bukan menantu pilihan dan mereka bersikap acuh tak acuh dengan saya sewaktu saya bermalam di rumah mereka. Saya cuba menjadi isteri dan menantu yang baik. Sebaliknya saya semakin disisihkan dan dianggap seperti orang luar.
Saya tak tahu di mana salah dan silap saya sehinggakan suami saya pun memandang rendah terhadap saya. Sepatutnya suami berterima kasih kepada saya atas pengorbanan saya itu. Saya di anggap seperti hamba seks serta pelacur oleh suami. Waalaupun suami saya adalah seorang yang terpelajar dan bertugas sebagai seorang doktor namun sikapnya yang buas terhadap saya tidak mencerminkan keperibadiannya itu.
Suami bersikap dingin dengan saya bermula pada hari pertama perkahwinan kami. Di sebalik layanannya yang dingin, dia memperlakukan saya sesuka hatinya dan sanggup meliwat saya pada hari ketiga kami bergelar suami isteri. Suami memandang saya bagaikan perempuan murahan. Segala kehendaknya terpaksa saya lakukan kerana tiada pilihan. Katanya saya akan dianggap isteri derhaka jika gagal memenuhi permintaannya yang seperti kebinatangan itu.

HANIM (kiri) membuat laporan polis dan menceritakan penderitaannya menjadi hamba seks luar tabii bekas suaminya
Suami selalu bertugas di luar kawasan dan sering out station. Dia menghubungi saya sesekali sahaja melalui telefon. Seminggu atau dua minggu sekali dia akan pulang untuk berjumpa dengan saya, sekaligus menelempias nafsu seks gilanya terhadap saya iaitu melakukan seks di luar tabii kemanusiaan. Hubungan seks yang sepatutnya nikmat, menjadi pengalaman-pengalaman yang menyakitkan serta menyiksakan saya.
Saya tidak tahu mengapa nafsunya sebegitu. Apabila dia meliwat saya, nafsunya semakin menggila dan amat seronok melakukannya walaupun saya menderita. Setiap kali bersama, saya selalu memintanya mensetubuhi saya dengan cara normal, tetapi langsung tidak diendahkannya. Setelah empat bulan bernikah, saya meminta cerai akibat tidak tahan dengan tabiat peliknya itu, namun suami enggan menceraikan saya.
Setelah tujuh bulan, barulah suami menceraikan saya setelah saya membuat laporan polis tentang sikap sebenarnya. Sebelum ini saya ada mengugutnya untuk membuat laporan, namun suami sedikit pun tak merasa takut malah mencabar saya. Memanglah malu, tetapi saya terpaksa lakukan juga demi masa depan saya dan juga kesihatan saya. Mujurlah saya tidak mengandung, kerana saya memang bencikan suami saya. Saya tak mahu melahirkan anak dari bapa yang sebegitu.
Kami berkahwin pada bulan Mei dan bercerai pada bulan November tahun yang sama. Saya merasa seperti baru keluar dari penjara yang menyiksakan apabila diceraikan. Kini kehidupan saya lebih aman dan bahagia berbanding sewaktu menjadi isterinya dulu. Saya berharap semoga ada lelaki yang baik yang sudi menjadikan saya sebagai seorang isteri pada suatu hari nanti. Saya inginkan seorang suami yang dapat menerima saya seadanya dan tidak kisah dengan sejarah hitam hidup saya..
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Oh ya, jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

Tiada ulasan:
Catat Ulasan