Assalamuaikum
dan selamat sejahtera. Kali ini admin ingin berkongsi tentang ciri-ciri
isteri yang mengundang kemurkaan suami yang sekaligus mendorong
suaminya untuk melafazkan talak terhadapnya. Sama-samalah kita
muhasabah agar ciri-ciri ini tiada dalam diri kita sebagai seorang
isteri.
Allah menciptakan pelbagai jenis dan perangai kaum wanita. Isteri yang solehah adalah harta yang terbaik bagi seorang suami.
Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)
Cuba anda baca dan fahami maksud terjemahan hadis di atas. Ianya lebih kurang bermaksud, seorang isteri yang solehah adalah perhiasan yang sangat-sangat baik buat seorang suami, menyenangkan mata apabila suami melihatnya, patuh dengan segala suruhan suami dan mampu menjaga harta suami serta maruahnya ketika suami berada di luar rumah.
Berbeza pula dengan sifat wanita yang bukan solehah. Ianya memiliki ciri-ciri yang saling bertentangan dengan wanita solehah. Mereka akan mempunyai sifat-sifat yang buruk serta menyusahkan suaminya ketika suaminya ada atau tiada di sisinya. Mereka juga bukanlah perhiasan yang terbaik buat suaminya.
Wanita sebegini jika bercerita, tidak dapat menutup aib suami malah kadang-kala menceritakan keburukan-keburukan suaminya sendiri tanpa rasa bersalah. Jika anda ingin menjadi isteri yang solehah serta baik, jauhilah 7 sifat di bawah ini. Mari kita mengetahuinya bersama semoga dapat dihindari.
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Jauhilah 7 sifat di atas ini jika anda tidak mahu diceraikan oleh suami. Jadilah isteri yang dapat membahagiakan suami. InsyaAllah perkahwinan anda akan kekal harmoni di dunia dan juga di akhirat kelak.
Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan