MALAYSIA NEGARA DUDA JANDA?

Istilah duda dan janda merujuk kepada lelaki dan perempuan yang elah berkahwin dan kemudiannya bercerai. Admin yakin tak ada seorang pun yang mahu bergelar duda mahupun janda, terutama sekali wanita. Kaum wanita amat-amat takut jika bergelar janda. Semua wanita yang ingin berkahwin atau telah lama berkahwin menginginkan kebahagiaan bersama suami yang mereka pilih. Tidak seorang isteri pun yang mahukan perkahwinan yang derita.

Namun ada juga kes di mana kaum isteri telah menfailkan petisyen untuk berpisah kerana mereka merasakan hidup berdikari itu lebih meyakinkan mereka terhadap masa hadapan kerana sudah serik untuk meneruskan perkahwinan mereka. Ianya berpunca dari hilangnya kebahagiaan serta campurtangan pihak ketiga yang memecah belahkan keharmonian hubungan mereka dengan suami.

Jika perceraian berlaku, ianya adalah kemalangan jiwa buat anak-anak mereka. Kita biasanya takut dengan kemalangan jasad tetapi kita tidak takut dengan kemalangan jiwa. Kehilangan jiwa adalah hilangnya kasih sayang dan terputusnya ikatan kekeluargaan antara suami dan isteri. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang bakal mengalami kecelaruan kasih sayang terutama kepada anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

Salah satu punca mengapa wanita menjadi janda adalah kerana berkahwin di usia yang terlalu muda. Ini kerana di usia ini, ramai lelaki yang mahu mendampingi mereka kerana kecantikan dan keremajaan mereka. Jumlah wanita juga semakin ramai berbanding kaum lelaki. Wanita yang berkahwin cepat kebiasaannya tidak mempunyai kematangan yang cepat, taraf ekonomi yang tidak cepat membesar, tetapi anak-anak cepat membesar.

Ancaman-ancaman dalam melalui kehidupan berumahtangga ini terlalu banyak. Tanpa kematangan dan persediaan yang cukup, sudah pasti mereka-mereka ini akan kecundang dan akan mengalami krisis rumahtangga dalam usia yang muda. Mereka juga tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan masalah, terlalu mengikut emosi dan kurang dewasa apabila menghadapi situasi-situasi yang sukar.


Kebanyakan isteri di usia muda didapati kurang cekap dalam mengendalikan perhubungan suami isteri terutama jika suami berjauhan dari mereka (perhubungan jarak jauh) sama ada mereka bekerja atau pun seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Perceraian kerap berlaku kepada pasangan yang berkahwin di bawah tempoh lima tahun. Jika mereka tidak mendapat persefahaman di awal usia perkahwinan, maka mereka akan menghadapi masalah yang besar pada tahun-tahun yang akan datang.

Apa yang diperhatikan, pasangan yang berkahwin di usia muda ini lebih berkecenderungan untuk menyelesaikan masalah dengan cara melarikan diri dari masalah itu sendiri. Manakala di luar sana sudah ramai yang menunggu untuk menjalinkan perhubungan baru kerana mereka masih muda dan masih lagi menarik. "Jika aku tak bahagia, mengapa aku tak boleh cari yang lain". Itulah dialog-dialog yang kerap bermain-main dalam fikiran mereka jika mereka menghadapi krisis dengan pasangan.

Ini lebih dipermudahkan lagi dengan wujudnya media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, WeeChat dan sebagainya. Yang isteri lebih cepat mendapat boyfriend dan suami lebih cepat mendapat girlfriend. Ada juga berkrisis kerana suaminya bermain kayu tiga dan isteri bergaji besar. Jika ini berlaku, lebih kuatlah si isteri menuntut cerai kerana kecurangan suami dan tak kisah hidup menjanda kerana mampu hidup berdikari.

Sebenarnya masalah ini dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihentikan. Terdapat beberapa tempat di mana pasangan-pasangan yang bermasalah boleh mendapatkan kaunseling. Selain itu terdapat juga latihan-latihan untuk mereka-mereka yang sedang bercinta iaitu kursus-kursus untuk pasangan muda yang ingin berkahwin. Jika mereka dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran sebegini, mereka akan nampak cara penyelesaian yang terbaik selain menuju kepada cara penceraian sahaja.

Ibubapa kepada pasangan muda harus menjadi kaunselor dan peka terhadap kehidupan anak-anak mereka. Bukan bermaksud menjadi busy body, tetapi berperanan dalam membendung konflik dalam keluarga anak-anak. Sebenarnya tidak salah bercinta dan berkahwin di usia muda, namun perlulah dipenuhi ilmu yang diperlukan sebelum memasuki alam berumahtangga. Jangan sampai berkahwin beberapa tahun, kemudian bercerai-berai dan meninggalkan anak-anak yang dahagakan kasih sayang ibubapa.

Semoga label negara Malaysia adalah negara duda dan janda akan dibersihkan demi menjaga nama baik negara yang kita duduki selama ini. Buat mereka-mereka yang sedang berkrisis, sila dapatkan bantuan dari pihak-pihak yang lebih berpengalama dan berpengetahuan supaya ianya dapat diselesaikan dengan cara yang bijaksana. Jangan diikutkan sangat perasaan yang sedang meluap-luap kerana itu adalah bisikan dari syaitan yang ingin meruntuhkan masjid yang sekian lama terbina.

Kredit: Dr. Robiah Kulup Hamzah (pakar motivasi)

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan