Amat menakutkan apabila admin melihat statistik perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dalam masa lapan bulan sahaja seramai 38,035 pasangan suami isteri telah berpisah sepanjang Januari sehingga Ogos tahun 2016. Puratanya seramai 156 kes perceraian direkodkan setiap hari. Ini bersamaan 4,754 percecaian yang telah berlaku setiap bulan.
Ini tidak termasuk perceraian yang tidak direkodkan dan juga kes gantung tak bertali. Pelbagai sebab musabab yang diberitahu oleh pasangan suami isteri yang bercerai dan ada sebab-sebab tersebut tak masuk dek akal kerana ianya hanyalah perkara-perkara yang remeh temeh sahaja. Begitu mudahnya untuk berpisah sedangkan untuk membina sebuah perkahwinan memerlukan masa, wang, tenaga dan komitment yang besar.
Di bawah ini admin kongsikan alasan-alasan perceraian yang tidak munasabah, merepak dan agak lucu untuk renungan kita bersama. Apa yang admin harap, semoga pasangan suami isteri yang sedang membaca artikel ini tidak mudah menyalahkan pasangan jika ada krisis atau konflik dalam rumahtangga. Sikap bertolak ansur dan bersabar adalah sangat-sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam perhubungan suami isteri.
- Punggung isteri menggerutu.
- Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
- Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
- Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
- Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
- Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
- Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
- Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
- Berbeza fahaman politik.
- Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
- Gaji suami lebih rendah.
- Isteri lambat menyediakan makanan.
- Pasangan bangun tidur lewat.
- Suami bekerja tidak tentu masa.
- Anak demam dan tidak sihat.
- Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
- Pasangan terlalu cerewet.
- Pasangan tidur berdengkur.
- Pasangan gemar membeli-belah.
- Suami tangkai jering (kedekut).
- Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
- Berebut rancangan televisyen.
Jagalah perkahwinan anda kerana di situlah dunia dan di situlah syurga anda. Rumahtangga yang bahagia mampu mewujudkan ketenangan dan mampu membentuk generasi yang sempurna akhlak serta peribadi. Buat para isteri, sentiasalah menjadi bidadari yang menyenangkan hati suami. Jaga kata-kata dan perlakuan anda. Isteri yang bijak memenangi hati suami akan lebih disayangi dan dicintai suami.
Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan