TUNTUT CERAI SELEPAS MEMBACA WHATSAPP LUCAH SUAMI BERSAMA ANDARTU


Luahan: Damia

Aku seorang isteri yang merana. Merana disebabkan oleh kenakalan suami ku bermain kayu tiga di belakangku. Dia berskandal dengan staff sepejabatnya yang merupakan anak dara tua. Sorry, bukanlah aku mengatakan yang anak dara tua (andartu) itu jahat tetapi memang kenyataannya suami ku sedang bercurangan dengan andartu. Bersayang bercinta bagai sehingga merosakkan rumahtangga orang.

Nak dijadikan cerita, satu hari aku berjaya hacked whatsapp suami. Kecewanya aku bila melihat suami dan perempuan miang itu berbalas-balas whatsapp. Perempuan itu siap selfie bagai dengan posing maut mengalahkan model bedak sejuk. Selak-selak tudung, buat muka duck face, senyum-senyum nakal dan macam-macam lagi aksi yang konon-kononnya manja. Aku yang melihatnya pun dah rasa geli-geleman.

Aku meminta kepastian daripada suami tentang whatsapp tersebut. Suami hanya meluahkan beberapa perkara yang terpendam selama ini terhadap aku. Katanya whatsapp tu hanyalah lakonan semata-mata. Dia menyuruh perempuan itu berlakon, konon-kononnya sedang bercinta supaya dapat menarik perhatianku dan membuatkan aku rasa cemburu. Suami juga bangkitkan isu cara layanan aku yang hambar dan membosankan kepadanya.

Terfikir di benakku, takkan perempuan itu sanggup berposing maut sehingga merendahkan maruahnya sebagai wanita semata-mata nak buatkan aku jelaos? Aku mengaku yang aku ni tak pandai dalam bab-bab goda-menggoda suami ni. Walaupun aku dikurniakan dengan kecantikan semulajadi, namun kelemahan aku adalah tak arif dalam hal-hal melayan suami. Yang aku tahu adalah sediakan makan minum, jaga pakai suami dan melayannya di katil. Itu sahaja. Lebih dari tu aku fail!

Aku cuba percaya apa yang suami aku katakan yang semua itu adalah lakonan semata-mata. Namun aku lihat suami semakin galak dengan handsetnya bagaikan belangkas. Ke mana saja dia pergi, mesti sedang melihat screen handset sambil tersengih-sengih. Aku tak puas hati, lalu aku cari masa yang sesuai untuk aku hack whatsapp dia sekali dan aku berjaya.

Kononnya kata berlakon, tapi kenapa makin rancak dia berdondang sayang dengan perempuan tu? Siap nak ajak berdating-dating, ajak duduk kat riba dan macam-macam lagi mereka berbalas text. Dari display profile, perempuan tu dah berumur. Lebih kurang awal 40-an dan boleh dikategorikan sebagai andartu. Dia ni pun bukan main gatal lagi. Katanya dia akan layan suami aku tu selepas mereka berkahwin nanti...sekarang ni sekadar 'ringan-ringan' saja dulu. Penampilan andartu tu kononnya alim lah sangat, bertutup litup dan bertudung bagai ala-ala Neelofa. Puih...nak termuntah aku tengok perempuan macam ni.

Dah la menggatal dengan suami orang, dalam whatsapp tulis tak nak lepaskan pelukan lah, nak selalu kiss lah. Suami pula puji dia gebu lah, comel lah, cantik lah. Maklumlah anak dara tua, belum pernah berkahwin dan belum lagi beranak pinak. Aku ni dah dua orang budak keluar dari perut aku dan dah berbelas-belas tahun suami 'pakai'. Jaga body macam mana pun tetap akan loose dan jatuh. Jamu dan produk-produk kecantikan dah beribu-ribu ringgit dah keluar tapi tak dapat juga nak kekalkan bentuk macam zaman anak dara dulu.

Selagi aku diamkan selagi itulah drama percintaan mereka ni tak kan tamat. Jadi aku ambil keputusan untuk berbincang untuk kali kedua. Kali ini suami luahkan semuanya, start dari mula sampailah sekarang. Tiada satu pun kesalahan aku yang dia katakan, semuanya perfect. Tapi aku hairan pula, kalau tak ada satu pun kesalahan aku, kenapa dia nak sangat berskandal dengan perempuan tu?

Last-last suami mengaku yang dia suka kalau ada perempuan bermanja-manja dengannya, layannya seperti seseorang yang istimewa, pandai menggoda dan tahu nak buatnya happy. Ya, aku tahu yang aku failed dalam bab-bab ni. Dulu masa dia kenal aku pun, aku bukannya dari jenis yang dia maksudkan tu. Tapi kenapa dia nak kahwin jugak dengan aku dan kenapa pula baru sekarang nak timbulkan isu ini?

Suami kata, dulu dia tak kenal perempuan lain selain aku. Sekarang dia dah kenal ramai perempuan dan dia dah buka mata. Kebetulan perempuan ni pandai dalam bab-bab menggoda dan suami pula suka perempuan yang macam tu. Suami kata lagi, bukan dia yang menggatal, tetapi perempuan tu yang start dulu. Hmmm...nampak sangat andartu tu dah desperated nak berlaki sampai laki orang pun dia nak kebas.

Aku tanya, dia nak suruh aku buat apa untuk dia hentikan aktiviti tu? Dia nak aku jadi macam perempuan tu yang pandai menggoda dan bermanja-manja. Dia kasi aku dua minggu untuk berubah. Kalau dalam masa dua minggu aku berjaya, dia sanggup tinggalkan perempuan tu dan sayang kat aku seorang saja. Mcm tu pun ada? Time tu aku rasa yang dia ni dah macam nak buang tebiat.

Demi sayang aku kat suami, aku turutkan. Aku sahut cabaran dua minggu tu. Aku mula berhias dan pasang badan. Tak cukup dengan tu, aku selalu call dia, whatsapp dia untuk menambat hatinya. Aku belai dia, pujuk rayu dia dan macam-macam aku buat semata-mata nak buatkan dia tinggalkan perempuan tu. Semakin aku buat, semakin dia tunjukkan ego dia tu. Dia tolak aku perlahan-lahan time aku nak dekat padanya.

Masa dua minggu dah tamat dan katanya aku gagal menandingi kehebatan perempuan tu melayannya. Aku tak kisah bila dia kata begitu. Tapi aku tak boleh terima bila dia makin galak melayan perempuan tu. Secara senyap aku kumpulkan bukti perhubungan mereka berdua. Makin aku korek, makin banyak merobek hati aku tapi aku kuatkan semangat untuk bersabar.

Antara perkara yang buatkan aku tak boleh terima, mereka telah mengadakan pertemuan sulit dan melakukan maksiat di mana andartu tu dengan rela hati topless atau dalam bahasa kita dipanggil menayangkan buah dadanya kepada suamiku untuk 'diratah'. Wahh...betapa rancaknya dan seronoknya mereka berwhatsapp pasal perkara ni malah suami siap taip "best tak abang his*p tet*k sayang? Esok lepas habis kerja kita buat lagi macam tadi nak?" Si andartu pula jawab "Kalau pasal nyony*t, abang memang win...sedap..esok saya tak yah pakai bra la kalau macam ni"

Astagfirullah...apa kena dengan suami aku ni pun aku tak tau. Yang halal ada kat depan mata, tapi yang haram juga yang dicari. Oleh kerana geram dan sakit hati, aku print semua borang berkaitan perceraian, tuntutan nafkah serta beberapa dokumen yang patut. Aku ubah perwatakan aku menjadi lebih cool. Aku rasakan yang aku dah tak sedih, dah tak sakit hati dan tak marah-marah. Semua perasaan negatif tu hilang secara tiba-tiba. Malah aku happy pasal aku nak bercerai.

Allah Maha Kaya. Dia kuatkan semangat aku dan percaya yang aku boleh teruskan hidup dengan anak-anak tanpa suami. Allah terbitkan rasa ceria dan gembira dalam hati aku. Dia jugalah yang mempermudahkan segala urusanku.

Di hadapan suami, aku sentiasa riang dan ceria. Aku berfacebook, whatssap dengan parents dan adik beradik...aku senyum-senyum. Bila suami pandang, secara automatik aku sorokkan handset...tak nak kasi suami nampak. Aku sendiri tak tahu kenapa aku buat macam tu. Seolah-olah naluri aku menyuruh ku berbuat sedemikian.

Hasilnya, suami sudah mula cemburu terhadap ku. Dia selalu tanya, buat apa dengan handset aku tu? Aku cakap, aku main facebook je. Hari Sabtu dan Ahad, aku keluar dengan anak-anak. Suami yang sebelum ni tak kisah pun dah mula kisah. Dia nak ikut kami berjalan-jalan di luar. Semakin hari dia semakin berubah. Dia mula ambil berat tentang diri aku dan anak-anak, sudah mula bergurau, dah mula nak cuit-cuit aku, puji-puji aku kata aku cantiklah lawalah, belikan aku roti, buatkan aku air, streka kan baju, basuhkan baju. Bila malam pula, selalu kasi isyarat dan hint nak bermanja-manja dengan aku.

Sekarang ni selalu saja dia bertanya aku nak ke mana, whatsapp dengan siapa. Malah sekarang ni aku dah masukkan password dalam handset aku. Lagilah dia tak keruan dia dengan aku. Memang sengaja aku buat macam ni pasal aku dah nampak dia nak tahu sangat apa yang aku selalu buat dengan handset aku. Dia pun dah makin kurang main handset dengan perempuan tu. Bila malam saja, dia akan off kan data internet.

Perempuan tu? Nak tau tak...si betina miang tu mulalah tak senang duduk bila suami aku dah kurang layan dia. Pagi-pagi je suami dah risau sebab perempuan tu dah merajuk. Namun aku tetap dengan keputusan aku untuk menuntut cerai. Aku tunjukkan segala bukti yang aku dah kumpulkan selama ini antara dia dan perempuan tu. Dah nak menggatal sangatkan? Nah, sekarang aku akan minta dilepaskan dan bolehlah mereka berdua nak bermanja-manjaan dan menggatal sepuas-puasnya selepas ini.

Akan tetapi suami sengaja melengah-lengahkan dan sentiasa berikan alasan untuk melambatkan proses tuntutan cerai dari aku. Sebelum ni aku dah buat macam-macam untuk dia, pujuk dia, rayu dia dan seumpamanya namun dia buat bodoh saja. Buatkan aku nampak macam orang bodoh dan terhegeh-hegeh sedangkan dia dengan egonya menolak aku dengan selamba tanpa sedikit pun rasa kasihan kat aku. Tak cukup dengan itu, dia makin galak pula berskandal sampai melakukan zina-zina kecil.

Kenapa sekarang dia pula terhegeh-hegeh nak pikat aku? Oh ya, baru aku perasan yang selama ini aku lah banyak menghabiskan duit untuk bantu dia membayar segala hutangnya setiap bulan. Gaji aku lebih besar darinya. Jika aku menuntut cerai dan diluluskan oleh pejabat kadi, bermakna 'bank' yang selama ni membantu dia akan lenyap dalam sekelip mata.

Maaf wahai suami ku...perasaan ku terhadapmu dah pudar dan hambar setelah apa yang kau lakukan padaku sebelum ini. Allah makbulkan permintaan aku untuk tidak mempunyai apa-apa lagi perasaan terhadap dirimu mahu pun dendam. Yang ada hanyalah belas ihsan kerana kau adalah ayah kepada anak-anak kita. Apa yang aku mahukan adalah satu...sila datang ke pejabat agama pada tarikh yang akan ditetapkan. Aku akan apply cuti siap-siap dan jangan nak lari dari kenyataan yang kau tu akan menjadi duda, jadi berbahagialah kau dengan andartu kesayangan kau tu sehingga ke akhir hayat. Maklumlah aku ni tak pandai buat topless...dia lagi pandai...


Semoga kisah ini dapat memberikan pengajaran dan iktibar buat anda. Oh ya, jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan