Luahan: Ely
Setiap rumahtangga yang dibina pasti ada impian masing-masing. Begitu juga dengan rumahtangga kami...ikatan yang terbina atas dasar cinta selama lima tahun kurasakan semakin hari semakin tenat. Kami dikurniakan seorang anak dan kini aku sarat mengandung anak kedua pula. Hubungan kami nampak normal pada pandangan orang lain, tetapi bermasalah sebenarnya.
Semua ini gara-gara seorang perempuan. Sejak kehadiran perempuan itu, macam-macam telah terjadi dalam rumahtangga ku. Aku diduakan oleh suami di saat aku sedang sarat mengandung tanpa belas ehsan olehnya. Dia sedikit pun tidak pedulikan ku dan mengabaikan ku sebagai isterinya. Banyak perkara yang suami dan perempuan durjana tersebut lakukan di belakangku
Perempuan tu anggap mudah sahaja perkara ini. Pernah satu hari aku meminta dia supaya meninggalkan suamiku. Aku katakan yang aku dan anak-anak kami sangat-sangat memerlukan suami ku sendiri. Namun perempuan tu buat endah tak endah sahaja malahan semakin beriya-iya nak rampas suami dari tangan ku.
Rumahtangga ku hancur dalam sekelip mata. Di manakah kasih sayang mu dulu wahai suami ku? Sewaktu kau ingin mendapatkan ku, kau sanggup lakukan apa sahaja. Semua kata-kata cinta mu hanyalah dusta dan kau sanggup bunuh kasih sayang ini semata-mata kerana seorang perempuan yang baru kau kenali.
Sakit hatiku tidak terkata. Aku mengandungkan anak dari benih suami. Membawa ke hulu hilir dengan segala kepayahan. Aku kuatkan semangat walaupun aku sebenarnya sudah jatuh tersungkur. Susah untuk aku bangkit kembali.
Tahukah kau wahai suami...kau menduakan ku bukan setakat dengan perasaan mu sahaja. Malah kau merobek-robek hati ku dengan membawa perempuan murahan tu ke dalam rumah kita, ke dalam bilik kita dan lakukan zina semahunya. Lelaki apakah kau sebenarnya? Sudah hilangkah agama dan pedoman yang kau amalkan dahulu?
Kau lakukan perbuatan terkutuk semasa aku tiada di rumah. Malah sewaktu aku berada di rumah pun, kau dah berani membawa perempuan tu ke katil kita dan bersekedudukan tanpa sedikit pun rasa malu atau bersalah. Kau juga sanggup menaikkan tangan kepada ku sehingga badan ku sakit-sakit dan lebam-lebam. Mulut ku berdarah kau tampar...rambutku kau tarik dan kepala ku kau hantukkan ke pintu kayu.
Kau dera fizikal ku hanya kerana dah mabuk nafsu dengan perempuan murahan tu. Badan aku sakit, namun hati aku lagi sakit bukan kepalang. Bila aku buka mulut untuk cuba menasihati mu kau pukul aku lagi dan keluar rumah berminggu-minggu. Aku sedang mengadungkan anak kau, kau langsung tak ambil kisah. Anak sulung yang tak mengerti apa-apa, sentiasa bertanya kan ayahnya. Kenapa ayah garang? Kenapa ayah tak balik? Kenapa ayah pukul ummi?
Mana pertimbangan kau dan di mana fikiran kau wahai suami? Apakah yang merasuk diri mu sehingga naluri mu menjadi sekejam ini? Aku dah tahan dengan semua ini. Hidup bersamamu bagaikan neraka. Aku dah ambil keputusan untuk menuntuk fasakh. Akan aku tinggalkan kau jauh sejauhnya. Jika kau tak nak ceraikan aku, biarlah mahkamah memutuskannya. Segala bukti, gambar dan laporan doktor telah ku sediakan selengkapnya. Hanya tunggu masa sahaja untuk dibentangkan.
Sesusah mana pun kita selama ini, aku tak pernah tinggalkan kau dan aku tak pernah kisah pun jika tak makan dan kelaparan asalkan kau ada di sisi ku. Ketika kau sakit tenat dulu, aku sentiasa ada untuk mu. Tapi segalanya berubah setelah kau berjumpa dengan perempuan tu. Aku bagaikan sudah tiada nilai di matamu. Terima kasih kerana pernah buatku bahagia suatu ketika dahulu walaupun seketika.
Aku harap kau akan bahagia bersama perempuan pilihanmu itu. Aku mengalah bukan kerana aku sudah tewas. Aku terlalu sakit zahir dan batin. Aku yang sedang mengandung ini pun kau lakukan seperti punching bag. Kau tak kisahkan jika anak dalam kandungan ni gugur akibat kegilaan kau sendiri. Kau tinggalkan aku keseorangan bersama anak di rumah. Kau cipta keseronokan di hotel-hotel budget bersama perempuan tu. Hebatnya pengaruh perempuan tu sampai kau tunduk akibat nafsu.
Selepas aku dilepaskan nanti, aku berjanji tidak akan kembali lagi dalam hidup mu. Kau boleh buang aku dalam hidupmu. Pasal anak-anak, kau tak perlu risau walaupun aku tahu kau tak pernah kisahkan kami. Akan ku jaga anak-anak kita sehingga menjadi manusia sebenar. Merekalah sumber kekuatan ku untuk terus bertahan dari segala kesakitan ini. Semoga kau bahagia bersamanya dan aku akan pergi jauh-jauh dari hidup mu selamanya.
Semoga kisah di atas memberikan sedikit sebanyak pengajaran buat kita semua. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan