Luahan: Chumie
Rakan-rakan memanggilku sebagai Chumie. Aku menulis luahan ini kerana tidak larat menanggung bebanan perasaan yang ku pendam selama ini. Rumahtangga yang terbina selama 13 tahun akhirnya musnah gara-gara kekhilafan orang lain sehingga aku menjadi mangsa keadaan. Walaupun aku tak pandai menulis tetapi biarlah kisah hidupku ini menjadi pengajaran buat semua.
Mama dan ayah ku suka tinggal bersama kami. Mereka katakan selesa walaupun rumah kami tidaklah sebesar rumah adik beradik ku yang lain. Kami hanya mampu memiliki sebuah rumah flat yang mempunyai sebuah bilik sahaja. Itu sahajalah bilik yang kami ada untuk saya, suami dan anak-anak tidur dan salin pakaian manakala ruang tamu dan dapur kami amatlah sempit serta kecil.
Suami memberikan keizinan untuk ibu bapa ku datang ke rumah pada bila-bila masa. Setelah beberapa lama, lain pula jadinya. Mama bagaikan selesa tinggal di sini dan tidak mahu pulang-pulang ke rumah dengan pelbagai alasan. Akhirnya mama terus bermastautin dan menjadi penghuni tetap di rumah kami. Dari minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun, kami pula merasakan yang kami yang menumpang di rumah sendiri.
Aku tidak boleh melakukan apa-apa kerana dia adalah ibu ku. Namun suami yang agak tertekan kerana tiada privacy untuk kami sebagai suami isteri. Mama juga kerap membawa anak-anak sedara ke rumah. Mereka berbuat sesuka hati seperti berada di rumah sendiri. Bilik kami, katil kami serta peralatan-peralatan di dalam rumah kami dilakukan bagaikan hak milik ibu bapa mereka.
Barang-barang di rumah banyak yang pecah dan rosak akibat perbuatan anak-anak sedara manakala bill-bill utiliti menjadi semakin tinggi akibat penggunaan kipas, lampu aircon yang dibuka hampir 24 jam sehari. Telah ku nasihati mama tentang perkara ini namun bagaikan mencurah air di daun keladi. Sekejapa sahaja perubahannya. Selepas beberapa ketika, mama datang lagi membawa mereka dan mengulanginya semula.
Ada juga aku meminta dengan cara yang baik supaya mama dan ayah untuk pulang ke rumah supaya memberikan ruang untuk kami sekeluarga. Bukanlah niat ku untuk menghalau mereka, namun demi suami, aku terpaksa melakukannya. Ianya berjaya tetapi hanya bertahan selama dua minggu sahaja. Mama tetap ingin tinggal di sini dan adakalanya ayah juga ada datang menemani ibu di sini.
Tak tahulah apa yang bestnya rumah kami ni sehingga mama tidak mahu tinggal di rumah adik beradik ku yang lain? Nak diikutkan rumah abang lebih besar dan luas kerana dia tinggal di rumah teres dua tingkat. Rumah adik pun sama, rumahnya ada 3 bilik dan persekitaran yang lebih selesa. Jika dibandingkan rumah ku, terlalu sempit untuk kami empat beranak ditambah pula dengan mama dan ayah serta adakalanya anak-anak buahku.
Pada suatu suami bagaikan sudah tidak tahan lagi dengan senario ini, kami bertengkar dan suami tidak pulang-pulang ke rumah selama 3 hari. Aku cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun tidak berjaya. Pada hari ke tiga barulah suami menjawabnya. Dia tidur di pejabat dan di rumah temannya selama tiga hari tersebut. Aku jadi terlalu kasihan dan timbul rasa bersalah di hati. Suami yang sepatutnya pulang ke rumah, kini terpaksa merempat di luar.
Mama dan ayah bertanya ke mana suami selama tiga hari? Aku terpaksa berbohong mengatakan suami out station dan tak pasti bila baliknya. Dalam hati aku berdoa semoga mama dapat mengesan sebab sebenarnya...namun hampa. Mama tetap tinggal di rumah kami seperti biasa dan tidak merasa bersalah pun walaupun sedikit. Aku tahu ayah memahami dan cuba menasihati mama, namun tidak berjaya.
Pada hari ketiga, suami telah pulang ke rumah namun dengan muka mencuka. Aku menegurnya, tetapi dia buat acuh tak acuh sahaja. Pada malamnya, dia hendak keluar dan aku menariknya masuk ke dalam bilik. Kebetulan dalam bilik kami, tiada sesiapa. Aku ingin mengajak suami berbincang dengan cara yang baik. Perbincangan tidak seperta yang aku harapkan.
Suami meninggikan suara dan terjadilah perbalahan antara kami walaupun aku langsung tidak meninggikan suara. Mama berada di ruang tamu bersama dua orang anak-anak ku. Aku pasti mereka mendengarnya kerana rumah kami kecil. Jika berdehem di dalam bilik pun pasti akan terdengar di luar. Suami dengan segala kemarahan telah meluahkan segala-galanya yang terbuku di hatinya.
Suami mengungkit tentang kehadiran mama dan anak-anak sedara yang telah merosakkan privasi beliau di rumah. Ditambah lagi dengan bill-bill bulanan serta kos makan minum yang tinggi yang terpaksa dia tanggung. Suami bekerja sebagai tukang kimpal dan gajinya tidak sebanyak mana. Memang benar apa yang suami ku katakan tu. Aku hanya diam membisu dan tak berani nak bersuara lagi.
Selepas kami bertengkar, suami terus keluar dari rumah dengan barang-barang yang dibawanya walaupun aku mendengar mama memanggilnya di luar bilik. Berdentum pintu dihempasnya dek kerana geram dan marah. Aku tak berani nak keluar dari bilik dan menangis semahunya sehingga tertidur sendiri di lantai. Aku tersedar apabila terdengar mama mengetuk-ngetuk pintu bilik kami. Aku lihat ayah baru sampai dan mama sedang memegang beg-begnya.
Rupa-rupanya mama sudah mendengar segala-galanya dan ingin balik ke rumahnya pada malam itu juga. Aku menangis semula dan memeluk mama. Mama katakan yang dia ingin balik dan minta maaf dengan apa yang telah berlaku. Dia tak sangka keadaan menjadi seteruk ini. Pada fikirannya suami tidak kisah jika dia berada di rumah kami kerana suami tidak pernah menunjukkan perasaannya yang sebenar. Biasanya suami bila balik kerja, dia akan mandi, makan dan terus tidur di sofa dan sekali sekala akan tidur di dalam bilik jika tiada orang di dalamnya selain aku.
Tinggallah aku anak beranak di dalam rumah yang tiada suami. Aku berkali-kali menghubungi suami namun dia tidak menjawabnya. Aku menghantar sms dan whatsapp, namun tidak berbalas. Anak-anak pun asyik bertanya di mana ayah...di mana ayah. Selama seminggu aku menjadi ayah dan juga ibu kepada anak-anak kerana suami ku tidak balik-balik ke rumah. Mujur dia membawa motorsikalnya sahaja, jadi memudahkan aku ke sana ke sini dengan kereta kancil lama miliknya.
Mama ada telefon dan bertanyakan tentang suami. Aku katakan yang aku tak tahu ke mana dia pergi dan dia sudah tidak balik ke rumah selama ini. Mama sudah sedar akan kesalahannya dan ingin meminta maaf terhadap suami, namun aku sendiri tidak tahu ke mana suami dah pergi. Lagipun aku tak menyimpan nombor telefon rakan-rakannya dan tidak tahu di mana alamat pejabat barunya setelah berpindah beberapa bulan yang lepas. Aku menjadi bingung dan tak tahu nak buat apa.
Selepas dua minggu, suami menelefonku dan katanya dia ingin mengambil anak-anak. Dia katakan yang mama ku dan segala kaum kerabat ku boleh tinggal di rumah dan dia dah tak kisah lagi selepas ini. Aku merayu dan berkali-kali mohon ampun dan maaf, dan suami dengan bersahaja katakan yang dia dah maafkan segalanya. Suami katakan jika ada perkara-perkara yang dia lakukan, dia minta aku terima dengan seadanya seperti mana dia menerima terima seadanya keluarga aku bertahun-tahun selama ini.
Barulah aku tahu yang suami telah berkahwin dengan perempuan yang bekerja sama syarikat dengannya beberapa hari selepas meninggalkan rumah. Selama ini suami menghilangkan diri, dia telah bernikah dan tinggal di rumah isteri barunya itu. Namanya Fatimah. Dia telah membawa Fatimah ke rumah untuk diperkenalkan dengan ku. Suami meminta supaya aku dapat menerima ketentuan ini dengan redha.
Tidak ku sangka begini akhirnya kisahku yang ditelan mati mak dan dibuang mati bapak.
Adakah aku yang bersalah dalam soal ni? Mengapa aku harus menjadi mangsa akibat kesalahan mama? Mungkin ada pembaca yang membuat berbagai-bagai tuduhan dan andaian. Jika berada sendiri di tempatku baru semua akan mengerti betapa sulitnya masalah ku ini. Aku mempunyai ibu yang ingin tinggal bersama ku tetapi kurang prihatin tentang rumahtangga ku. Aku juga mempunyai suami yang perlu dijaga namun aku gagal menjalankan tanggungjawab itu.
Berkenaan maduku, Fatimah. Dia seorang wanita yang sederhana dan hampir sebaya dengan ku. Walaupun telah berusia, namun dia belum pernah berkahwin sebelum ini. Jawatannya lebih tinggi dari suami ku, dan mempunyai rumah sendiri dan kereta sendiri. Suami bertegas supaya tidak mempersoalkan tindakannya itu dan dia kata yang dia lebih bahagia dengan kehidupan sekarang ini.
Katanya jika keluarga ku ingin tinggal di rumah kami, dia tidak akan merungut lagi kerana dia sudah ada tempat untuk bermalam dengan selesa dan melepaskan penat sepuas-puasnya setelah seharian bekerja. Walaupun dia tak bermaksud untuk menyindir, namun hati ku amat terasa dengan kata-kata tersebut. Dia juga ada memberikan aku pilihan. Jika aku ingin bercerai, anak-anak harus tinggal bersamanya tetapi aku juga diberikan hak untuk menjaga mereka. Keduanya jika aku tidak mahu bercerai, aku harus akur dengan segala keputusannya dan menerima dia bermalam di rumah kami mengikut giliran yang telah dia tetapkan.
Isteri baru suami, Fatimah seorang yang amat ramah dan pandai mengambil hatiku sebagai seorang madu. Walaupun berkongsi kasih, dia selalu mengalah dan menggalakkan suami untuk selalu berada di rumah kami. Ada masanya dia akan mambawa buah tangan untuk aku dan anak-anak. Pada awalnya aku berdendam dengannya, tetapi setelah sekian lama aku semakin sayang padanya dan menganggap dia seperti adikku sendiri dan juga merangkap sebagai maduku.
Berkenaan mama dan ayah, mereka bagaikan terkejut dengan berita ini. Nak buat macam mana... Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan...inilah akibatnya. Walaupun mama yang bersalah, namun sebagai anak, aku tetap menghormatinya sebagai ibu di dunia akhirat. Aku juga dah maafkan segala-galanya dan berharap agar kisah ku ini menjadi pengajaran buat ibu bapa yang sedang membaca coretan ini. Tak salah jika ingin bersama anak menantu, tetapi jangan sampai keharmonian hidup mereka tergugat dengan karenah anda.

Semoga kisah ini tidak terjadi dalam rumahtangga anda. Oh ya, jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

Tiada ulasan:
Catat Ulasan