Luahan: Dian
Assalamualaikum semua. Masalah saya tak besar mana pun. Tak lah sebesar masalah-masalah suami isteri yang lain dalam blog ni. Cuma saya bermasalah dengan ibu kepada suami saya sahaja. Ya...ibu mertua saya. Anaknya dah berkahwin pun tetap nak sibuk-sibuk tentang hal rumahtangga kami. Kalau saya tak cerita mesti ramai yang tak akan faham. Jadi saya ceritalah serba sedikit tentang ibu mertua saya ni dengan niat supaya ibu-ibu di luar sana supaya jangan terlalu kontrol anak lelaki mereka.
Hampir setiap hari ibu mertua akan telefon suami saya. Dia tidak akan call hanya jika kami berada di rumahnya. Jika. Sehari lebih kurang 10 kali dia akan call. Kalau bertanya khabar atau tentang solat, saya tak lah kisah. Tetapi semua perkara dia akan tanya satu per satu. Biasanya ibu mertua akan tanya dah mandi?..dah makan?..hari ni buat apa?..pakai baju apa?.. dan seumpamanya. Saya sebagai menantu dan sebagi isteri kepada anak kesayangannya tu rasa macam tak tau nak jaga suami pula.
Bukan saya cemburu dengan ibu mertua, kerana saya rasa senang sangat setiap kali dia ingatkan suami saya pasal solat. Tapi bila telefon berkali-kali sehari sampaikan suami pun terpaksa silent kan telefon, mesti rimas kan? Bila suami tak angkat telefon, ibu mertua mula hantar whatsapp pula. Dia buat karangan panjang-panjang kerana marah serta berkecil hati kat suami. Dia kata suami anak derhaka lah, tak taat lah sebab tak nak jawab telefon.
Mujurlah kami suami isteri tak tinggal di rumah mertua. Biasanya kalau weekend, kami akan bermalam di sana. Walaupun kadang-kala saya rasa berat hati, namun saya ikhlaskan hati untuk duduk di sana. Just 2 hari dalam seminggu saja. Saya lakukan demi suami yang tercinta.
Salah satu perangai ibu mertua yang saya kurang berkenan ialah, dia suka main redah saja masuk bilik kami semasa kami tengah tidur. Sepatutnya, ketuklah pintu terlebih dahulu atau kasi salam. Ini tidak, dia buat kami ni macam budak-budak darjah 1. Manalah tahu saya sedang salin baju ke, buat apa ke...tak ke naya?
Saya perhatikan, sejak dari mula kami berkahwin sehinggalah sekarang, perangai ibu mertua memang begitu. Seolah-olah tak boleh tengok anaknya berdua-duaan dengan saya walaupun saya ni menantunya. Bila ibu mertua nak pergi bank atau ke pasar, mesti dia nak suami saya temankan sedangkan ada tiga orang anak lelakinya yang lain tinggal sama dengannya di rumah.
Masuk kali ni dah dua kali suami saya berhenti kerja kerana terpaksa dengar dan ikut cakap ibunya. Ibu mertua suruh suami saya berniaga. Bila suami nak ambil pekerja, dia tak bagi pula. Tak kan nak suruh suami saya buat semua kerja sendirian? Saya pula bekerja dan ada jawatan yang bagus. Sayang pula kalau berhenti semata-mata nak jadi pekerja di tempat suami.
Saya sebagai orang luar, hanya tengok sahaja lah. Saya tak pernah nak hasut suami supaya tak dengar cakap ibunya sendiri. Tetapi jika anda berada di tempat saya, agak-agak nak buat macam mana? Seharusnya jika usia semakin meningkat, tumpukan perhatian kepada ibadah seperti selalu ke masjid, mengaji al-Quran serta mendengar ceramah agama. Urusan anak-anak, biarlah mereka uruskan sendiri. Lagipun mereka semua dah besar panjang...dah boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.
Semoga kisah di atas memberikan sedikit sebanyak pengajaran buat kita semua. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan