Saya adalah seorang ibu kepada seorang cahaya mata. Usia saya 25 tahun dan baru setahun mendirikan rumahtangga bersama Wan. Saya bekerja sebagai seorang perunding di sebuah syarikat hartanah di Johor Baharu manakala suami saya pula bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat automobil terkenal dan berumur 28 tahun, yakni 3 tahun lebih tua dari saya. Kami berkenalan sejak saya berumur 23 tahun atas dasar suka sama suka dan berkahwin setahun selepas itu. Keluarga juga merestui perkahwinan kami kerana Wan adalah seorang lelaki yang baik serta bersopan santun. Dia juga seorang yang berjawatan dan mempunyai personaliti yang menarik. Sesiapa sahaja yang mengenali diri beliau pasti akan berkenan dengan sifatnya itu.
Wan tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang bapa baru. Dia melayan saya dengan begitu baik sekali dan selalu balik awal sewaktu saya dalam pantang. Segala keinginan saya dipenuhi sedang saya sedang mengandung dahulu. Saya teringin hendak makan daging rusa, dia carikan walaupun terpaksa ke Melaka. Pendek kata saya begitu bahagia bersama Wan dan merasakan sayalah wanita yang paling bahagia di dunia. Dari segi perbelanjaan keluarga, semuanya dia tanggung dan saya boleh menyimpan 100% duit gaji saya setiap bulan. Jadi dapatlah saya memberikan wang bulanan lebih banyak kepada ibu bapa saya yang berada di Mersing.
Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Pada satu hati sedang suami saya mandi, telefon suami saya berbunyi. Saya lihat telefonnya dan ada satu text whatsapp telah masuk. Tiada gambar atau nama, sekadar nombor telefon sahaja dari pengirimnya. Pada skrin shortcut, saya terbaca "Sayang, awak cuti hari ni?" Berderau darah saya setelah membacanya walaupun sekilas pandang sahaja. Geramnya saya pada si pengirim text tersebut. Mengapa dia panggil suami saya dengan panggilan sayang? Mengapa dia tanyakan mengenai cuti, seolah-olah mereka selalu berjumpa dan berhubungan di belakang saya.
Suami keluar dari bilik air setelah selesai mandi. Saya segera meletakkan telefonnya di tempat asal dan saya berpura-pura tidur di samping bayi kami di atas katil. Saya membuka mata sedikit dan melihat suami saya sedang membalas sesuatu di telefonnya sambil tersenyum. Mungkin dia menyangkakan yang saya sedang tidur. Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam blazer yang selalu dia pakainya ke pejabat. Suami turun ke bawah selepas itu. Mungkin dia ingin minum air atau menonton televisyen di ruang tamu.
Dengan segera, saya mengambil kembali telefonnya dan membuka whatsappnya. Walaupun suami saya sudah meletakkan kod keselamatan, saya berjaya membukanya kerana saya pernah melihat dia menggunakannya sebelum ini. Jadi mudah untuk saya menembusi sistem keselamatan tersebut. Rupa-rupanya pengirim yang memanggil suami saya dengan panggilan 'sayang' itu adalah kekasihnya. Saya sempat membaca mereka balas membalas whatsapp sejak malam tadi kerana log-log sebelum itu telah sempat dipadam oleh suami. Perempuan itu ada berselfie dengan gaya yang menggoda. Memang cantik orangnya mirip seperti seorang pelakon drama di TV3.
Tangan saya menggeletar kerana menahan marah dan cemburu. Terasa seperti ingin menghubungi perempuan itu dan memintanya supaya tidak mengganggu Wan lagi. Tetapi saya batalkan hasrat tersebut kerana ingin menyelesaikan masalah ini dengan suami terlebih dahulu. Hampir sejam saya berada di dalam bilik dan menangis. Anak saya menangis kerana ingin menyusu badan. Pada ketika itu suami masuk ke dalam bilik kerana terdengar tangisan anak. Dia memandang saya dan kehairanan kerana melihat mata dan hidung saya merah kerana menangis. Saya buat alasan yang saya bermimpi sedih sehingga menangis.
Saya pendamkan sahaja perasaan meruap-ruap saya itu selama beberapa hari dan cuba bersangka baik terhadap suami. Wan memang pandai selindungkan apa yang dia lakukan di belakang saya. Selalu sahaja saya lihat telefonnya dalam mood senyap dan sekali-sekala sahaja dia menggunakannya di hadapan saya. Patutlah selama ini saya langsung tidak perasan kerana dia dah rancang awal-awal lagi agar saya tidak curiga. Wan bagaikan dapat menghidu apa yang saya pendamkan kerana dia memang seorang lelaki yang mempunyai six senth yang sensitif, lebih-lebih lagi terhadap saya ini...isterinya.
Dia bertanyakan pada saya mengapa layanan saya terhadap dirinya agak dingin dan saya agak pendiam sejak kebelakangan ini. Saya cuba selindungkan apa yang tersirat di hati saya, tetapi dia mendesak sehingga saya tidak mampu lagi untuk menyimpannya. Akhirnya saya memintanya untuk berterus-terang tentang perhubungannya dengan perempuan yang selalu whatsappnya setiap hari. Wan sememangnya jujur orangnya. Dia mengaku yang wanita itu adalah bekas kekasihnya.
Wan memberitahu yang perhubungan mereka bermula sejak mereka menuntut program diploma dahulu. Mereka juga pernah merancang untuk bertunang setelah tamat menyambung pengajian ijazah sarjana muda. Perhubungan mereka telah direstui oleh kedua-dua belah keluarga. Kekasihnya itu adalah orang dari negeri Tok Gajah dan kini memiliki sebuah butik di ibu kota, Kuala Lumpur. Perhubungan mereka terputus di tengah jalan apabila suami memutuskannya untuk berkahwin dengan saya.
Kata Wan lagi, saya memang memenuhi ciri-ciri keperluan seorang isteri dan sangat -sangat sayangkan saya. Namun setelah melahirkan anak, sikap saya agak berubah dan tidak lagi seperti dulu. Dia hendak berterus-terang tetapi tidak sampai hati untuk membuat saya rasa sedih. Katanya, saya kurang mengambil perhatian tentang dirinya dan kurang memberikan perhatian tentang penampilan diri saya.
Saya mengaku yang saya sudah kurang bersolek dan kurang menjaga bentuk badan. Saya tahu yang saya lebih tumpukan pada kerjaya dan anak. Walaupun saya selalu menyediakan makanan di rumah, namun ada kalanya saya biarkan suami makan sendirian tanpa teman. Saya juga dah tak lagi selalu menghantar whatsapp dan sms manja-manja kepadanya kerana saya rasakan yang semua itu sudah perlu lagi kerana kami telah berkahwin.
Suami saya begitu berhati-hati ketika berkata-kata kerana tidak mahu membuat luka di hati saya semakin parah. Mujurlah mereka hanya berhubungan melalui telefon sahaja. Jika mereka berjumpa semasa waktu kerja, tak tahu pula saya. Namun suami menegaskan yang kali terakhir mereka berjumpa adalah pada dua tahun yang lalu, di mana ketika itu suami telah melamar saya menjadi kekasih. Lagipun saya sentiasa bersama suami dan saya rasa mustahil mereka berjumpa kerana jarak mereka adalah jauh. Sorang di Johor Baharu dan seorang lagi di Kuala Lumpur.
Dia memberikan saya kata laluan facebooknya untuk saya membaca segala-galanya tentang apa yang mereka bualkan, selain di whatsapp. Memang mereka hanya sekadar berbalas text walaupun kekasihnya itu ada juga menyatakan hasrat untuk bertemu. Mengikut pemahaman saya, suami saya yang menghubungi kembali kekasihnya itu untuk bertanyakan khabar dan berbual-bual. Ketika itu saya sedang berpantang setelah melahirkan anak dan kurang memberikan perhatian kepada suami.
Dalam perbualan mereka di facebook, ternyata wanita itu begitu mengambil berat tentang suami saya dan kerap bertanya khabar. Dia pun sehingga kini masih belum berkahwin. Oleh sebab itu suami saya berani menjalinkan kembali hubungan dengannya. Ada juga wanita itu berkongsi gambar-gambar selfie dan gambar-gambar aktiviti sehariannya di butik perniagaannya serta gambar-gambar percutian. Paparan demi paparang yang saya baca membuatkan saya rasa wanita itu lebih pandai mengambil hati suami berbanding saya.
Akhirnya saya berikan suami dua pilihan. Sama ada ingin memilih kekasihnya itu atau pun saya dan saya redha jika dia mahu meninggalkan saya kerana saya tahu, saya tidak sesempurna jika dibandingkan dengan kekasihnya itu. Tetapi tidaklah saya memaksa atau meninggikan suara kerana itu adalah perbuatan yang derhaka kepada suami. Saya minta dia berfikir sementara saya mahu balik ke kampung dalam masa 2,3 hari tetapi suami tidak mengizinkan.
Pada malamnya, ketika saya sedang tidur, saya terdengar sayup-sayup suara suami sedang bercakap-cakap di dalam telefon di balkoni. Dalam kesamaran cahaya lampu jalan, saya mendekati balkoni dan berselindung di balik dinding supaya suami tidak sedar akan kehadiran saya. Ternyata, dia sedang bercakap-cakap dengan wanita tersebut dengan suara yang amat perlahan seolah-olah sedang berbisik.
Dari perbualan tersebut, suami sedang memujuk wanita tersebut untuk melupakannya. Saya amat-amat terharu pabila suami mengatakan yang dia amat sayangkan saya dan tidak mahu rumahtangga kami runtuh. Setelah lama saya mendengar perbualan suami, saya dengan segera bergegas ke katil untuk berpura-pura tidur dan suami pun turut tidur sehingga ke Subuh.
Paginya saya menghampiri suami dan meminta maaf darinya. Saya pegang tangan suami dan mencium tangannya sehingga basah pipi saya berjujuran air mata yang mengalir laju tidak henti-henti. Suami pun memeluk saya dan meminta maaf kerana perbuatannya itu. Dia berjanji tidak akan melakukan perkara itu lagi dan akan menjadi seorang suami dan juga seorang ayah yang lebih baik. Sememangnya suami saya telah melakukan tanggungjawab yang sempurna sebelum ini. Yang bersalah adalah diri saya kerana mengabaikannya.
Saya teringat akan kata-kata suami, kekasihnya lebih pandai melayannya dan mengambil berat akan dirinya. Saya berazam untuk berubah untuk menjadi isteri yang lebih memahami suami serta memberikan layanan yang terbaik. Mujurlah suami saya jenis yang jujur dan boleh dibawa berbincang. Jika tidak, mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk lagi. Apa yang saya baca dalam internet, kebanyakan isteri telah dimadukan kerana kurang memberikan perhatian sewajarnya kepada suaminya.
Saya doakan semoga wanita itu akan berjumpa seorang lelaki yang sesuai dengannya kelak. Saya juga berharap agar dia tidak lagi menghubungi Wan atas alasan apa sekalipun. Saya sangat-sangat sayangkan Wan dan perasaan itu menjadi lebih tebal setelah apa yang berlaku. Sememangnya menjadi seorang isteri ini perlu banyak pengorbanan dari segi masa dan perlu bijak mengimbangi tugas sebagai seorang isteri, ibu dan kerjaya. Apa yang saya kongsikan ini bukanlah untuk membuka keaiban rumahtangga, tetapi sebagai pengajaran buat isteri-isteri di luar sama, terutamanya yang baru berumahtangga.
Terima buat suami kerana membuat keputusan tersebut. Awak memang lelaki yang terbaik yang pernah saya jumpa. Saya tidak akan mensia-siakan segalanya yang awak berikan kepada saya. Saya berjanji akan lakukan apa sahaja demi kasih sayang kita sehingga ke akhir hayat.
Semoga kisah ini tidak berlaku dalam perkahwinan anda. Oh ya, jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan