Luahan: Hida
Nama saya Hida (bukan nama sebenar). Saya terpanggil untuk menulis kisah saya ni setelah membaca perlbagai masalah rumahtangga berkenaan hubungan dengan keluarga sebelah suami. Saya tidak bermasalah dengan mak mentua atau bapa mentua, tetapi bermasalah dengan kakak dan abang ipar saya.
Saya telah berkahwin selama 5 tahun pada usia saya baru menjangkau 16 tahun. Saya dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan setahun selepas itu, iaitu ketika sudia saya 17 tahun.
Saya dan suami tinggal di rumah mak kandung saya semasa awal perkahwinan dulu. Selepas 2 tahun, suami mengajak saya untuk tinggal di rumah pusaka keluarganya pula. Di sekeliling rumah tersebut hanya ada 3 buah rumah jiran sahaja dan kesemuanya terdiri dari kakak ipar dan abang ipar saya.
Kakak dan abang ipar selalu meminjam kenderaan kami. Kami hanya mempunyai sebuah kereta dan sebuah motorsikal lama sahaja. Nak beli yang baru, suami saya belum mampu lagi. Suami saya hanya pekerja biasa dan gajinya sederhana sahaja.
Pada mulanya saya tak kisah kerana mereka saya dah anggap seperti keluarga saya juga. Tetapi lama-kelamaan tabiat mereka semakin menjadi-jadi. Setiap hari mereka akan datang meminjam kenderaan kami. Saya mula rasa rimas dan rasa seperti hendak berpindah ke tempat lain sahaja.
Contohnya, jika mereka nak meminjam motor kami, mereka akan minta kunci dari kami dan memulangkannya selepas selesai urusan mereka. Itu saya tak kisah, tetapi yang membuatkan saya sakit hati ialah mereka langsung tak isi petrol selepas meminjam. Susah-susah suami saya penuhkan tangki minyak, mereka senang-senang saja perabiskan.
Biasanya mereka guna sampai minyak hampir kering, baru dipulangkan kepada kami. Bila rosak, masing-masing buat tak tahu saja. selepas suami hantar baiki, baru mereka berebut-rebut nak guna. Bila saya tak beri pinjam, mulalah saya suami isteri diumpat.
Mereka akan katakan yang saya ni jahat kerana kontrol suami dan mengajar suami saya berkira dengan adik beradik sendiri. Memang saya tak pernah kisah jika mereka nak pinjam. Tetapi jika rosak, hulur la sorang sikit kerana mereka juga yang guna dan lanyak sesuka hati. Dah la guna secara percuma, minyak pun tak nak diisi.
Kadang-kadang saya nasihatkan suami sebab biarkan adik beradik dia buat macam tu. Guna barang kami sesuka hati dan tak pernag fikir yang suami penat-penat bekerja nak cari duit. Suami kata bersabarlah, itu sahaja yang diucapkannya bila saya timbulkan isu ni kepadanya.
Setiap hari saya akan masak untuk suami makan setelah balik dari kerja. Anak-anak sedara selalu bertandang ke rumah kami. Kebiasaannya mereka kelaparan dan saya selalu hidangkan mereka makan. Tetapi masalahnya, mereka kuat makan dan akan menghabiskannya tanpa ingatkan orang belakang. Penat-penat saya masak untuk suami, mereka pula habiskannya dan bila saya tegur, mereka langsung tak mengendahkannya.
Ada juga saya beritahu ibu mereka, jawapannya budak-budak tu mana makan banyak sangat...dengan anak sedara pun nak berkira. Saya pun malas nak memanjang-manjangkan cerita, saya dia saja selepas tu.
Suami kata tak perlu masaklah kalau macam tu. Bila hari-hari makan kat luar pun rasa muak dan jemu juga. Lagipun harga makanan kat luar pun mahal. Rasa seperti membazir pula bila dikira-kira balik. Saya berharap sangat-sangat moga rezeki suami dan saya diperbanyakkan supaya lekas-lekas kami boleh pindah ke tempat lain, jauh sedikit dari ipar duai yang suka mengambil kesempatan ni.
Nasihat saya buat mereka-mereka yang sebegini...ubahlah sikap dan fikirkan kesusahan orang lain membanting tulang empat kerat mencari rezeki. Jangan jadi seperti parasit yang tahu menumpang sahaja. Jika anda diperlakukan sedemikian, anda juga akan marah juga kan? Jadi berpada-padalah ya...
Semoga kisah ini dapat memberikan iktibar buat anda. Oh ya, jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan