Biasanya orang yang telah berkahwin sering memperkatakan tentang 'malam Jumaat' kerana ianya amalan sunnah perhubungan suami isteri. Kali ini admin ingin share tentang 'Jumaat malam' kerana kebanyakan dari kita akan bercuti esoknya, hari Sabtu. Oleh kerana cuti, anda dan suami boleh melabuhkan pelayaran semahunya dan sepuasnya tanpa risau jika terlewat bangun.
Seorang isteri dicipta dengan ciri-ciri dan bentuk fizikal yang sungguh menggoda. Jadi seharusnya isterilah yang sepatutnya menggoda suami supaya nafsu berahi suami menjadi terangsang dan semakin bersemangat untuk menggauli anda. Di bawah ini sedikit tips untuk anda lakukan sebelum memulakan pelayaran bersama suami
1. Menikmati makanan penambah syahwat
Selepas makan malam, anda boleh menghidangkan makanan yang boleh meningkatkan nafsu seks seperti:
- Susu
- Tiram
- Anggur Merah
- Coklat
- Pala
2. Mandi atau bersihkan badan
Anda boleh bersabun atau bersyampu agar tubuh badan anda wangi dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jangan lupa menggosok gigi anda. Tujuan mandi adalah untuk menyegarkan badan setelah seharian bekerja. Jika boleh ajak suami mandi bersama. Elakkan lakukan hubungan seks ketika itu. Sekadar ringan-ringan tak mengapa. Nak ajak suami mandi bersama sebelum bersama pun boleh juga.
3. Berwangi-wangian
Ada koleksi minyak wangi? Apa kata anda gunakannya untuk menjamu deria hidu suami anda. Wangi-wangian mampu menaikkan mood suami untuk melakukan hubungan seks.
4. Kenakan pakaian yang tipis
Ada baju tipis dan nipis? Jika ada, gunakannya. Jika tiada, anda boleh kenakan baju berwarna putih dan sehelai kain batik. Pastikan anda tidak memakai bra.
5. Kata-kata menggoda atau berbual-bual lucah dengan suami
"Abang, saya dah ngantuk...abang tak ada plan untuk saya ke mlm ni?" "Abang, tolong urutkan dada saya boleh? Rasa macam nak dibelai-belai je malam ni..." Anda boleh berbual-bual yang lebih lucah dari itu. Berkongsi fantasi seks masing-masing adalah lebih bagus dari memendamkan saja.
6. Tarik suami masuk bilik
Anda boleh menarik tangan suami sambil buat senyum nakal kepadanya. Pada ketika ini mood suami anda telah berada dalam mood yang bersedia. Untuk buatkannya lebih ghairah, pamerkan sebahagian aset anda padanya.
7. Buka baju perlahan-lahan sambil senyum kepadanya
Anda buka pakaian anda dan pakaian suami secara perlahan-lahan. Tak perlu tergopoh-gapah. Sambil itu anda pandang dan senyum manja kepada suami. Suami akan rasa tak sabar-sabar jika digoda dengan cara sebegitu. Untuk tindakan yang selanjutnya, anda dan suami boleh tentukannya sendiri.
Pastikan pelayaran anda berdua mencapai kepuasan untuk kedua-dua belah pihak. Tak perlu nak cepat kerana esok tidak bekerja. Pastikan anak-anak tidur awal. Jika tidak, pastikan mereka mereka disibukkan seperti menonton televisyen, membuat kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran, bermain handphone dan sebagainya. Nikmati hubungan seks bersama suami sehingga anda benar-benar mencapai klimaks kerana ianya akan memuaskan suami anda juga.
Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan