MEDIA SOSIAL ANTARA PUNCA 274,000 RUMAHTANGGA BERANTAKAN


Mengikut perkiraan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, seramai 38,035 pasangan suami isteri telah berpisah sepanjang Januari sehingga Ogos tahun 2016. Puratanya seramai 156 kes perceraian direkodkan setiap hari.

Antara sebab berlakunya penceraian adalah trend penggunaan gajet elektronik serta media sosial. ujar seorang pakar kekeluargaan di ibukota.

Kata Pakar psokologi dan dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Professor Madya Doktor Mariani Mohd Nor, aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp mampu menjadi pengantara untuk pasangan muda meluahkan segala perasaan sedih, marah, cemburu dan kecewa apabila menghadapi masalah rumahtangga.

“Apabila masing-masing merasa marah, lalu menghantar mesej dalam WhatsApp misalnya. Ia boleh menimbulkan intonasi suara dan hasrat yang berbeza, disusuli persepsi negatif si penerima yang berlawanan dengan niat sebenar si penghantar mesej,” katanya.

Doktor Mariani Mohd Nor berkata lagi bahawa kadar penceraian masyarakat Islam di Malaysia semakin membimbangkan. Beliau merujuk laporan akhbar yang melaporkankan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh enam tahun lalu. Jika tidak dibendung, kadar kecepatan penceraian setiap tahun akan semakin meningkat.

Menurut statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, seramai 38,035 pasangan suami isteri telah memutuskan ikatan perkahwinan sepanjang 8 bulan pertama tahun 2016, iaitu seramai 156 pasangan Islam bercerai setiap hari jika dikira secara purata.

Ujar Doktor Mariani Mohd Nor lagi, aplikasi-aplikasi media sosial masakini biasanya akan mendorong pasangan melakukan kecurangan kerana perkenalan antara lelaki dan wanita serta pergaulan mesra sudah tiada sempadannya sehingga kebanyakan pengguna melanggar batas-batas pergaulan yang sepatutnya.

“Penggunaaan media sosial seperti Facebook dan Instagram juga boleh membawa kepada hubungan yang tidak baik antara suami isteri kerana masing-masing mungkin tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dengan memuat naik status dan gambar masing-masing yang tidak bersesuaian, untuk tatapan orang lain,” katanya.

Pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din memberikan pendapatnya di mana perceraian yang melibatkan 156 kes setiap hari adalah sangat tinggi. Semua pihak terutama suami isteri itu sendiri wajib faham tentang kepentingan menjaga keharmonian dalam perkahwinan terutama sekali bagi pasangan muda.

Ujar beliau, sistem perkembangan anak-anak, sistem kekeluargaan serta kerjaya pasangan yang mempunyai masalah rumahtangga akan terjejas kerana semua aspek ini sangan berkait rapat. Ilmu tentang komunikasi berkesan seperti pengendalian krisis, pengurusan persepsi yang berkesan, psikologi keluarga serta pengurusan konflik perlu dipelajari oleh mereka.

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani memberikan pandangan, kursus pra-perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan yang akan bernikah perlu disusun semula mengikut kesesuaian gaya hidup golongan muda yang semakin berubah.

“Pengisian dan intipati kursus perlu menitikberatkan pelbagai aspek berkaitan psikologi perkahwinan, kanak-kanak dan remaja selain kemahiran menangani konflik rumah tangga,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya institusi pengajian tinggi di Malaysia menawarkan program pengajian berkaitan kaunseling kekeluargaan dan perkahwinan kepada para penuntut.

Credit: Bernama

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan