7 TABIAT DI BILIK TIDUR YANG BOLEH MEMBUNUH MOOD SUAMI ANDA

Anda ada tabiat yang kurang elok di kamar yang anda sendiri tak menyedarinya? Apa kata jika anda baca artikel ini sehingga habis. Tabiat-tabiat yang admin kongsikan ini, jika dibiarkan, perlahan-lahan boleh merosakkan hubungan anda bersama suami tersayang.

1. Masa tidur berlainan

Hal ini tidak menjadi kesalahan jika masa bekerja anda dan suami tidak sama. Namun ianya jika anda berdua bekerja pada waktu yang sama, seharusnya masa untuk tidur juga adalah sama. Jika anda dan suami anda tidur dalam masa yang belainan, ianya akan memudharatkan perkahwinan anda. Jadi pastikan anda dan suami berada di tempat tidur pada masa yang sama atau pun hampir-hampir sama.

2. Kurangnya sentuhan fizikal

Jika anda dan suami berada di atas katil, anda boleh mulakan terlebih dakulu jika suami anda tidak melakukannya terhadap anda. Sentuhan secara fizikal tidak semestinya melakukan hubungan seks. Ianya boleh dilakukan dengan perbuatan mencium, mengurut atau berpelukan dengan suami sehingga terlelap dengan sendirinya. Kebanyakan pasangan tidak melakukan hal ini dan melakukannya hanya jika ingin bersetubuh.

3. Tidak mempunyai rutin yang tetap

Melakukan kerja-kerja di rumah amat memenatkan, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak-anak yang ramai. Jadi rancanglah tugasan-tugasan tersebut supaya masa tidur anda tetap sama setiap hari. Ini akan membuatkan suami tahu akan masa berisrehat anda untuk dia turut sama berada di dalam bilik bersama anda. Ini membolehkan anda berdua berinteraksi dan berbual-bual sementara menunggu mata mengantuk.

4. Gemar memandang skrin telefon berbanding memandang suami

Melayan media sosial memanglah menyeronokkan. Tetapi awas...ianya akan membuatkan suami anda merasa dirinya tidak lagi penting di sisi anda. Jangan sampai media sosial menjadi penyebab terputusnya hubungan anda bersama suami. Cara yang terbaik, sebelum masuk ke kamar tidur, anda tutup data atau internet. Kemudian letakkan telefon pintar anda jauh sedikit dari anda.

5. Merias diri di atas katil

Jangan lakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan di bilik mandi. Aktiviti-aktiviti ringkas seperti memotong kuku atau mencabut bulu ketiak di atas katil boleh menyakitkan hati suami anda. Ianya bagaikan perompak masa antara anda dan suami yang sepatutnya anda berdua bermesra-mesraan serta bermanja-manjaan.

6. Tidur dalam keadaan marah

Jika anda bermasalah dengan sesuatu perkara, jangan libatkan suami anda. Perasaan marah di kamar tidur membuatkan suami turut merasa akan kemarahan tersebut. Cuba bawa bertenang dan atasi kemarahan tersebut sebelum tidur.

7. Membawa pulang masalah di pejabat

Kadang-kala kita terbawa-bawa masalah di pejabat seperti bebanan kerja, tidak puas hati dengan majikan, perselisihan denagn rakan sepejabat dan sebagainya. Tinggalkan semua itu di pejabat, dan bawalah sinar keceriaan di rumah anda terutama sekali di bilik tidur anda berdua. Jadilah seorang pekerja yang profesional serta seorang isteri yang terbaik untuk suami.




Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

'ISTERI GANTIAN' MEMFAILKAN PENCERAIAN KERANA TAK TAHAN DILIWAT

Luahan: Hanim

Saya berusia 25 tahun dan tidak pernah bercinta dengan suami sebelum berkahwin. Saya sebenarnya hanyalah sebagai 'isteri gantian' selepas wanita yang sepatutnya berkahwin dengan suami saya telah menghilangkan diri di saat-saat akhir majlis pernikahan. Entah mengapa dia melakukan perkara itu, saya pun tidak tahu. Saya ni bagaikan 'mak sanggup' yang terpaksa berkahwin dengan suami untuk mengelakkan keluarga suami malu setelah segala persiapan perkahwinan telah pun siap.

Saya sanggup berkorban demi 'suami yang baru saya kenali' setelah dipujuk oleh keluarga saya namun pengorbanan saya itu hanyalah sia-sia sahaja. Saya bagaikan melukut di tepi gantang walaupun saya adalah 'penyelamat' mereka di saat-saat akhir. Keluarga suami menganggap saya sebagai bukan menantu pilihan dan mereka bersikap acuh tak acuh dengan saya sewaktu saya bermalam di rumah mereka. Saya cuba menjadi isteri dan menantu yang baik. Sebaliknya saya semakin disisihkan dan dianggap seperti orang luar.

Saya tak tahu di mana salah dan silap saya sehinggakan suami saya pun memandang rendah terhadap saya. Sepatutnya suami berterima kasih kepada saya atas pengorbanan saya itu. Saya di anggap seperti hamba seks serta pelacur oleh suami. Waalaupun suami saya adalah seorang yang terpelajar dan bertugas sebagai seorang doktor namun sikapnya yang buas terhadap saya tidak mencerminkan keperibadiannya itu.

Suami bersikap dingin dengan saya bermula pada hari pertama perkahwinan kami. Di sebalik layanannya yang dingin, dia memperlakukan saya sesuka hatinya dan sanggup meliwat saya pada hari ketiga kami bergelar suami isteri. Suami memandang saya bagaikan perempuan murahan. Segala kehendaknya terpaksa saya lakukan kerana tiada pilihan. Katanya saya akan dianggap isteri derhaka jika gagal memenuhi permintaannya yang seperti kebinatangan itu.



HANIM (kiri) membuat laporan polis dan menceritakan penderitaannya menjadi hamba seks luar tabii bekas suaminya

Suami selalu bertugas di luar kawasan dan sering out station. Dia menghubungi saya sesekali sahaja melalui telefon. Seminggu atau dua minggu sekali dia akan pulang untuk berjumpa dengan saya, sekaligus menelempias nafsu seks gilanya terhadap saya iaitu melakukan seks di luar tabii kemanusiaan. Hubungan seks yang sepatutnya nikmat, menjadi pengalaman-pengalaman yang menyakitkan serta menyiksakan saya.

Saya tidak tahu mengapa nafsunya sebegitu. Apabila dia meliwat saya, nafsunya semakin menggila dan amat seronok melakukannya walaupun saya menderita. Setiap kali bersama, saya selalu memintanya mensetubuhi saya dengan cara normal, tetapi langsung tidak diendahkannya. Setelah empat bulan bernikah, saya meminta cerai akibat tidak tahan dengan tabiat peliknya itu, namun suami enggan menceraikan saya.

Setelah tujuh bulan, barulah suami menceraikan saya setelah saya membuat laporan polis tentang sikap sebenarnya. Sebelum ini saya ada mengugutnya untuk membuat laporan, namun suami sedikit pun tak merasa takut malah mencabar saya. Memanglah malu, tetapi saya terpaksa lakukan juga demi masa depan saya dan juga kesihatan saya. Mujurlah saya tidak mengandung, kerana saya memang bencikan suami saya. Saya tak mahu melahirkan anak dari bapa yang sebegitu.

Kami berkahwin pada bulan Mei dan bercerai pada bulan November tahun yang sama. Saya merasa seperti baru keluar dari penjara yang menyiksakan apabila diceraikan. Kini kehidupan saya lebih aman dan bahagia berbanding sewaktu menjadi isterinya dulu. Saya berharap semoga ada lelaki yang baik yang sudi menjadikan saya sebagai seorang isteri pada suatu hari nanti. Saya inginkan seorang suami yang dapat menerima saya seadanya dan tidak kisah dengan sejarah hitam hidup saya.
.

 
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Oh ya, jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami