7 TABIAT DI BILIK TIDUR YANG BOLEH MEMBUNUH MOOD SUAMI ANDA

Anda ada tabiat yang kurang elok di kamar yang anda sendiri tak menyedarinya? Apa kata jika anda baca artikel ini sehingga habis. Tabiat-tabiat yang admin kongsikan ini, jika dibiarkan, perlahan-lahan boleh merosakkan hubungan anda bersama suami tersayang.

1. Masa tidur berlainan

Hal ini tidak menjadi kesalahan jika masa bekerja anda dan suami tidak sama. Namun ianya jika anda berdua bekerja pada waktu yang sama, seharusnya masa untuk tidur juga adalah sama. Jika anda dan suami anda tidur dalam masa yang belainan, ianya akan memudharatkan perkahwinan anda. Jadi pastikan anda dan suami berada di tempat tidur pada masa yang sama atau pun hampir-hampir sama.

2. Kurangnya sentuhan fizikal

Jika anda dan suami berada di atas katil, anda boleh mulakan terlebih dakulu jika suami anda tidak melakukannya terhadap anda. Sentuhan secara fizikal tidak semestinya melakukan hubungan seks. Ianya boleh dilakukan dengan perbuatan mencium, mengurut atau berpelukan dengan suami sehingga terlelap dengan sendirinya. Kebanyakan pasangan tidak melakukan hal ini dan melakukannya hanya jika ingin bersetubuh.

3. Tidak mempunyai rutin yang tetap

Melakukan kerja-kerja di rumah amat memenatkan, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak-anak yang ramai. Jadi rancanglah tugasan-tugasan tersebut supaya masa tidur anda tetap sama setiap hari. Ini akan membuatkan suami tahu akan masa berisrehat anda untuk dia turut sama berada di dalam bilik bersama anda. Ini membolehkan anda berdua berinteraksi dan berbual-bual sementara menunggu mata mengantuk.

4. Gemar memandang skrin telefon berbanding memandang suami

Melayan media sosial memanglah menyeronokkan. Tetapi awas...ianya akan membuatkan suami anda merasa dirinya tidak lagi penting di sisi anda. Jangan sampai media sosial menjadi penyebab terputusnya hubungan anda bersama suami. Cara yang terbaik, sebelum masuk ke kamar tidur, anda tutup data atau internet. Kemudian letakkan telefon pintar anda jauh sedikit dari anda.

5. Merias diri di atas katil

Jangan lakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan di bilik mandi. Aktiviti-aktiviti ringkas seperti memotong kuku atau mencabut bulu ketiak di atas katil boleh menyakitkan hati suami anda. Ianya bagaikan perompak masa antara anda dan suami yang sepatutnya anda berdua bermesra-mesraan serta bermanja-manjaan.

6. Tidur dalam keadaan marah

Jika anda bermasalah dengan sesuatu perkara, jangan libatkan suami anda. Perasaan marah di kamar tidur membuatkan suami turut merasa akan kemarahan tersebut. Cuba bawa bertenang dan atasi kemarahan tersebut sebelum tidur.

7. Membawa pulang masalah di pejabat

Kadang-kala kita terbawa-bawa masalah di pejabat seperti bebanan kerja, tidak puas hati dengan majikan, perselisihan denagn rakan sepejabat dan sebagainya. Tinggalkan semua itu di pejabat, dan bawalah sinar keceriaan di rumah anda terutama sekali di bilik tidur anda berdua. Jadilah seorang pekerja yang profesional serta seorang isteri yang terbaik untuk suami.




Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

'ISTERI GANTIAN' MEMFAILKAN PENCERAIAN KERANA TAK TAHAN DILIWAT

Luahan: Hanim

Saya berusia 25 tahun dan tidak pernah bercinta dengan suami sebelum berkahwin. Saya sebenarnya hanyalah sebagai 'isteri gantian' selepas wanita yang sepatutnya berkahwin dengan suami saya telah menghilangkan diri di saat-saat akhir majlis pernikahan. Entah mengapa dia melakukan perkara itu, saya pun tidak tahu. Saya ni bagaikan 'mak sanggup' yang terpaksa berkahwin dengan suami untuk mengelakkan keluarga suami malu setelah segala persiapan perkahwinan telah pun siap.

Saya sanggup berkorban demi 'suami yang baru saya kenali' setelah dipujuk oleh keluarga saya namun pengorbanan saya itu hanyalah sia-sia sahaja. Saya bagaikan melukut di tepi gantang walaupun saya adalah 'penyelamat' mereka di saat-saat akhir. Keluarga suami menganggap saya sebagai bukan menantu pilihan dan mereka bersikap acuh tak acuh dengan saya sewaktu saya bermalam di rumah mereka. Saya cuba menjadi isteri dan menantu yang baik. Sebaliknya saya semakin disisihkan dan dianggap seperti orang luar.

Saya tak tahu di mana salah dan silap saya sehinggakan suami saya pun memandang rendah terhadap saya. Sepatutnya suami berterima kasih kepada saya atas pengorbanan saya itu. Saya di anggap seperti hamba seks serta pelacur oleh suami. Waalaupun suami saya adalah seorang yang terpelajar dan bertugas sebagai seorang doktor namun sikapnya yang buas terhadap saya tidak mencerminkan keperibadiannya itu.

Suami bersikap dingin dengan saya bermula pada hari pertama perkahwinan kami. Di sebalik layanannya yang dingin, dia memperlakukan saya sesuka hatinya dan sanggup meliwat saya pada hari ketiga kami bergelar suami isteri. Suami memandang saya bagaikan perempuan murahan. Segala kehendaknya terpaksa saya lakukan kerana tiada pilihan. Katanya saya akan dianggap isteri derhaka jika gagal memenuhi permintaannya yang seperti kebinatangan itu.



HANIM (kiri) membuat laporan polis dan menceritakan penderitaannya menjadi hamba seks luar tabii bekas suaminya

Suami selalu bertugas di luar kawasan dan sering out station. Dia menghubungi saya sesekali sahaja melalui telefon. Seminggu atau dua minggu sekali dia akan pulang untuk berjumpa dengan saya, sekaligus menelempias nafsu seks gilanya terhadap saya iaitu melakukan seks di luar tabii kemanusiaan. Hubungan seks yang sepatutnya nikmat, menjadi pengalaman-pengalaman yang menyakitkan serta menyiksakan saya.

Saya tidak tahu mengapa nafsunya sebegitu. Apabila dia meliwat saya, nafsunya semakin menggila dan amat seronok melakukannya walaupun saya menderita. Setiap kali bersama, saya selalu memintanya mensetubuhi saya dengan cara normal, tetapi langsung tidak diendahkannya. Setelah empat bulan bernikah, saya meminta cerai akibat tidak tahan dengan tabiat peliknya itu, namun suami enggan menceraikan saya.

Setelah tujuh bulan, barulah suami menceraikan saya setelah saya membuat laporan polis tentang sikap sebenarnya. Sebelum ini saya ada mengugutnya untuk membuat laporan, namun suami sedikit pun tak merasa takut malah mencabar saya. Memanglah malu, tetapi saya terpaksa lakukan juga demi masa depan saya dan juga kesihatan saya. Mujurlah saya tidak mengandung, kerana saya memang bencikan suami saya. Saya tak mahu melahirkan anak dari bapa yang sebegitu.

Kami berkahwin pada bulan Mei dan bercerai pada bulan November tahun yang sama. Saya merasa seperti baru keluar dari penjara yang menyiksakan apabila diceraikan. Kini kehidupan saya lebih aman dan bahagia berbanding sewaktu menjadi isterinya dulu. Saya berharap semoga ada lelaki yang baik yang sudi menjadikan saya sebagai seorang isteri pada suatu hari nanti. Saya inginkan seorang suami yang dapat menerima saya seadanya dan tidak kisah dengan sejarah hitam hidup saya.
.

 
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Oh ya, jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

7 TIPS ISTIMEWA JUMAAT MALAM BUAT ISTERI


Biasanya orang yang telah berkahwin sering memperkatakan tentang 'malam Jumaat' kerana ianya amalan sunnah perhubungan suami isteri. Kali ini admin ingin share tentang 'Jumaat malam' kerana kebanyakan dari kita akan bercuti esoknya, hari Sabtu. Oleh kerana cuti, anda dan suami boleh melabuhkan pelayaran semahunya dan sepuasnya tanpa risau jika terlewat bangun.

Seorang isteri dicipta dengan ciri-ciri dan bentuk fizikal yang sungguh menggoda. Jadi seharusnya isterilah yang sepatutnya menggoda suami supaya nafsu berahi suami menjadi terangsang dan semakin bersemangat untuk menggauli anda. Di bawah ini sedikit tips untuk anda lakukan sebelum memulakan pelayaran bersama suami

1. Menikmati makanan penambah syahwat

Selepas makan malam, anda boleh menghidangkan makanan yang boleh meningkatkan nafsu seks seperti:

  1. Susu
  2. Tiram
  3. Anggur Merah
  4. Coklat
  5. Pala

2. Mandi atau bersihkan badan

Anda boleh bersabun atau bersyampu agar tubuh badan anda wangi dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jangan lupa menggosok gigi anda. Tujuan mandi adalah untuk menyegarkan badan setelah seharian bekerja. Jika boleh ajak suami mandi bersama. Elakkan lakukan hubungan seks ketika itu. Sekadar ringan-ringan tak mengapa. Nak ajak suami mandi bersama sebelum bersama pun boleh juga.

3. Berwangi-wangian

Ada koleksi minyak wangi? Apa kata anda gunakannya untuk menjamu deria hidu suami anda. Wangi-wangian mampu menaikkan mood suami untuk melakukan hubungan seks.

4. Kenakan pakaian yang tipis

Ada baju tipis dan nipis? Jika ada, gunakannya. Jika tiada, anda boleh kenakan baju berwarna putih dan sehelai kain batik. Pastikan anda tidak memakai bra.

5. Kata-kata menggoda atau berbual-bual lucah dengan suami

"Abang, saya dah ngantuk...abang tak ada plan untuk saya ke mlm ni?" "Abang, tolong urutkan dada saya boleh? Rasa macam nak dibelai-belai je malam ni..." Anda boleh berbual-bual yang lebih lucah dari itu. Berkongsi fantasi seks masing-masing adalah lebih bagus dari memendamkan saja.

6. Tarik suami masuk bilik

Anda boleh menarik tangan suami sambil buat senyum nakal kepadanya. Pada ketika ini mood suami anda telah berada dalam mood yang bersedia. Untuk buatkannya lebih ghairah, pamerkan sebahagian aset anda padanya.

7. Buka baju perlahan-lahan sambil senyum kepadanya

Anda buka pakaian anda dan pakaian suami secara perlahan-lahan. Tak perlu tergopoh-gapah. Sambil itu anda pandang dan senyum manja kepada suami. Suami akan rasa tak sabar-sabar jika digoda dengan cara sebegitu. Untuk tindakan yang selanjutnya, anda dan suami boleh tentukannya sendiri.

Pastikan pelayaran anda berdua mencapai kepuasan untuk kedua-dua belah pihak. Tak perlu nak cepat kerana esok tidak bekerja. Pastikan anak-anak tidur awal. Jika tidak, pastikan mereka mereka disibukkan seperti menonton televisyen, membuat kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran, bermain handphone dan sebagainya. Nikmati hubungan seks bersama suami sehingga anda benar-benar mencapai klimaks kerana ianya akan memuaskan suami anda juga.



Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

7 CONTOH ISTERI YANG SERING DICERAIKAN SUAMI


Assalamuaikum dan selamat sejahtera. Kali ini admin ingin berkongsi tentang ciri-ciri isteri yang mengundang kemurkaan suami yang sekaligus mendorong suaminya untuk melafazkan talak terhadapnya. Sama-samalah kita muhasabah agar ciri-ciri ini tiada dalam diri kita sebagai seorang isteri.

Allah menciptakan pelbagai jenis dan perangai kaum wanita. Isteri yang solehah adalah harta yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Cuba anda baca dan fahami maksud terjemahan hadis di atas. Ianya lebih kurang bermaksud, seorang isteri yang solehah adalah perhiasan yang sangat-sangat baik buat seorang suami, menyenangkan mata apabila suami melihatnya, patuh dengan segala suruhan suami dan mampu menjaga harta suami serta maruahnya ketika suami berada di luar rumah.

Berbeza pula dengan sifat wanita yang bukan solehah. Ianya memiliki ciri-ciri yang saling bertentangan dengan wanita solehah. Mereka akan mempunyai sifat-sifat yang buruk serta menyusahkan suaminya ketika suaminya ada atau tiada di sisinya. Mereka juga bukanlah perhiasan yang terbaik buat suaminya.

Wanita sebegini jika bercerita, tidak dapat menutup aib suami malah kadang-kala menceritakan keburukan-keburukan suaminya sendiri tanpa rasa bersalah. Jika anda ingin menjadi isteri yang solehah serta baik, jauhilah 7 sifat di bawah ini. Mari kita mengetahuinya bersama semoga dapat dihindari.

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .


Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Jauhilah 7 sifat di atas ini jika anda tidak mahu diceraikan oleh suami. Jadilah isteri yang dapat membahagiakan suami. InsyaAllah perkahwinan anda akan kekal harmoni di dunia dan juga di akhirat kelak.

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:

MALAYSIA NEGARA DUDA JANDA?

Istilah duda dan janda merujuk kepada lelaki dan perempuan yang elah berkahwin dan kemudiannya bercerai. Admin yakin tak ada seorang pun yang mahu bergelar duda mahupun janda, terutama sekali wanita. Kaum wanita amat-amat takut jika bergelar janda. Semua wanita yang ingin berkahwin atau telah lama berkahwin menginginkan kebahagiaan bersama suami yang mereka pilih. Tidak seorang isteri pun yang mahukan perkahwinan yang derita.

Namun ada juga kes di mana kaum isteri telah menfailkan petisyen untuk berpisah kerana mereka merasakan hidup berdikari itu lebih meyakinkan mereka terhadap masa hadapan kerana sudah serik untuk meneruskan perkahwinan mereka. Ianya berpunca dari hilangnya kebahagiaan serta campurtangan pihak ketiga yang memecah belahkan keharmonian hubungan mereka dengan suami.

Jika perceraian berlaku, ianya adalah kemalangan jiwa buat anak-anak mereka. Kita biasanya takut dengan kemalangan jasad tetapi kita tidak takut dengan kemalangan jiwa. Kehilangan jiwa adalah hilangnya kasih sayang dan terputusnya ikatan kekeluargaan antara suami dan isteri. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang bakal mengalami kecelaruan kasih sayang terutama kepada anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

Salah satu punca mengapa wanita menjadi janda adalah kerana berkahwin di usia yang terlalu muda. Ini kerana di usia ini, ramai lelaki yang mahu mendampingi mereka kerana kecantikan dan keremajaan mereka. Jumlah wanita juga semakin ramai berbanding kaum lelaki. Wanita yang berkahwin cepat kebiasaannya tidak mempunyai kematangan yang cepat, taraf ekonomi yang tidak cepat membesar, tetapi anak-anak cepat membesar.

Ancaman-ancaman dalam melalui kehidupan berumahtangga ini terlalu banyak. Tanpa kematangan dan persediaan yang cukup, sudah pasti mereka-mereka ini akan kecundang dan akan mengalami krisis rumahtangga dalam usia yang muda. Mereka juga tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan masalah, terlalu mengikut emosi dan kurang dewasa apabila menghadapi situasi-situasi yang sukar.


Kebanyakan isteri di usia muda didapati kurang cekap dalam mengendalikan perhubungan suami isteri terutama jika suami berjauhan dari mereka (perhubungan jarak jauh) sama ada mereka bekerja atau pun seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Perceraian kerap berlaku kepada pasangan yang berkahwin di bawah tempoh lima tahun. Jika mereka tidak mendapat persefahaman di awal usia perkahwinan, maka mereka akan menghadapi masalah yang besar pada tahun-tahun yang akan datang.

Apa yang diperhatikan, pasangan yang berkahwin di usia muda ini lebih berkecenderungan untuk menyelesaikan masalah dengan cara melarikan diri dari masalah itu sendiri. Manakala di luar sana sudah ramai yang menunggu untuk menjalinkan perhubungan baru kerana mereka masih muda dan masih lagi menarik. "Jika aku tak bahagia, mengapa aku tak boleh cari yang lain". Itulah dialog-dialog yang kerap bermain-main dalam fikiran mereka jika mereka menghadapi krisis dengan pasangan.

Ini lebih dipermudahkan lagi dengan wujudnya media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, WeeChat dan sebagainya. Yang isteri lebih cepat mendapat boyfriend dan suami lebih cepat mendapat girlfriend. Ada juga berkrisis kerana suaminya bermain kayu tiga dan isteri bergaji besar. Jika ini berlaku, lebih kuatlah si isteri menuntut cerai kerana kecurangan suami dan tak kisah hidup menjanda kerana mampu hidup berdikari.

Sebenarnya masalah ini dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihentikan. Terdapat beberapa tempat di mana pasangan-pasangan yang bermasalah boleh mendapatkan kaunseling. Selain itu terdapat juga latihan-latihan untuk mereka-mereka yang sedang bercinta iaitu kursus-kursus untuk pasangan muda yang ingin berkahwin. Jika mereka dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran sebegini, mereka akan nampak cara penyelesaian yang terbaik selain menuju kepada cara penceraian sahaja.

Ibubapa kepada pasangan muda harus menjadi kaunselor dan peka terhadap kehidupan anak-anak mereka. Bukan bermaksud menjadi busy body, tetapi berperanan dalam membendung konflik dalam keluarga anak-anak. Sebenarnya tidak salah bercinta dan berkahwin di usia muda, namun perlulah dipenuhi ilmu yang diperlukan sebelum memasuki alam berumahtangga. Jangan sampai berkahwin beberapa tahun, kemudian bercerai-berai dan meninggalkan anak-anak yang dahagakan kasih sayang ibubapa.

Semoga label negara Malaysia adalah negara duda dan janda akan dibersihkan demi menjaga nama baik negara yang kita duduki selama ini. Buat mereka-mereka yang sedang berkrisis, sila dapatkan bantuan dari pihak-pihak yang lebih berpengalama dan berpengetahuan supaya ianya dapat diselesaikan dengan cara yang bijaksana. Jangan diikutkan sangat perasaan yang sedang meluap-luap kerana itu adalah bisikan dari syaitan yang ingin meruntuhkan masjid yang sekian lama terbina.

Kredit: Dr. Robiah Kulup Hamzah (pakar motivasi)

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

22 ALASAN BERCERAI YANG TIDAK MASUK DEK AKAL DI SELANGOR


Amat menakutkan apabila admin melihat statistik perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dalam masa lapan bulan sahaja seramai 38,035 pasangan suami isteri telah berpisah sepanjang Januari sehingga Ogos tahun 2016. Puratanya seramai 156 kes perceraian direkodkan setiap hari. Ini bersamaan 4,754 percecaian yang telah berlaku setiap bulan.

Ini tidak termasuk perceraian yang tidak direkodkan dan juga kes gantung tak bertali. Pelbagai sebab musabab yang diberitahu oleh pasangan suami isteri yang bercerai dan ada sebab-sebab tersebut tak masuk dek akal kerana ianya hanyalah perkara-perkara yang remeh temeh sahaja. Begitu mudahnya untuk berpisah sedangkan untuk membina sebuah perkahwinan memerlukan masa, wang, tenaga dan komitment yang besar.



Di bawah ini admin kongsikan alasan-alasan perceraian yang tidak munasabah, merepak dan agak lucu untuk renungan kita bersama. Apa yang admin harap, semoga pasangan suami isteri yang sedang membaca artikel ini tidak mudah menyalahkan pasangan jika ada krisis atau konflik dalam rumahtangga. Sikap bertolak ansur dan bersabar adalah sangat-sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam perhubungan suami isteri.

  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  22. Berebut rancangan televisyen.

Jagalah perkahwinan anda kerana di situlah dunia dan di situlah syurga anda. Rumahtangga yang bahagia mampu mewujudkan ketenangan dan mampu membentuk generasi yang sempurna akhlak serta peribadi. Buat para isteri, sentiasalah menjadi bidadari yang menyenangkan hati suami. Jaga kata-kata dan perlakuan anda. Isteri yang bijak memenangi hati suami akan lebih disayangi dan dicintai suami.



Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

MEDIA SOSIAL ANTARA PUNCA 274,000 RUMAHTANGGA BERANTAKAN


Mengikut perkiraan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, seramai 38,035 pasangan suami isteri telah berpisah sepanjang Januari sehingga Ogos tahun 2016. Puratanya seramai 156 kes perceraian direkodkan setiap hari.

Antara sebab berlakunya penceraian adalah trend penggunaan gajet elektronik serta media sosial. ujar seorang pakar kekeluargaan di ibukota.

Kata Pakar psokologi dan dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Professor Madya Doktor Mariani Mohd Nor, aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp mampu menjadi pengantara untuk pasangan muda meluahkan segala perasaan sedih, marah, cemburu dan kecewa apabila menghadapi masalah rumahtangga.

“Apabila masing-masing merasa marah, lalu menghantar mesej dalam WhatsApp misalnya. Ia boleh menimbulkan intonasi suara dan hasrat yang berbeza, disusuli persepsi negatif si penerima yang berlawanan dengan niat sebenar si penghantar mesej,” katanya.

Doktor Mariani Mohd Nor berkata lagi bahawa kadar penceraian masyarakat Islam di Malaysia semakin membimbangkan. Beliau merujuk laporan akhbar yang melaporkankan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh enam tahun lalu. Jika tidak dibendung, kadar kecepatan penceraian setiap tahun akan semakin meningkat.

Menurut statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, seramai 38,035 pasangan suami isteri telah memutuskan ikatan perkahwinan sepanjang 8 bulan pertama tahun 2016, iaitu seramai 156 pasangan Islam bercerai setiap hari jika dikira secara purata.

Ujar Doktor Mariani Mohd Nor lagi, aplikasi-aplikasi media sosial masakini biasanya akan mendorong pasangan melakukan kecurangan kerana perkenalan antara lelaki dan wanita serta pergaulan mesra sudah tiada sempadannya sehingga kebanyakan pengguna melanggar batas-batas pergaulan yang sepatutnya.

“Penggunaaan media sosial seperti Facebook dan Instagram juga boleh membawa kepada hubungan yang tidak baik antara suami isteri kerana masing-masing mungkin tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dengan memuat naik status dan gambar masing-masing yang tidak bersesuaian, untuk tatapan orang lain,” katanya.

Pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din memberikan pendapatnya di mana perceraian yang melibatkan 156 kes setiap hari adalah sangat tinggi. Semua pihak terutama suami isteri itu sendiri wajib faham tentang kepentingan menjaga keharmonian dalam perkahwinan terutama sekali bagi pasangan muda.

Ujar beliau, sistem perkembangan anak-anak, sistem kekeluargaan serta kerjaya pasangan yang mempunyai masalah rumahtangga akan terjejas kerana semua aspek ini sangan berkait rapat. Ilmu tentang komunikasi berkesan seperti pengendalian krisis, pengurusan persepsi yang berkesan, psikologi keluarga serta pengurusan konflik perlu dipelajari oleh mereka.

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani memberikan pandangan, kursus pra-perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan yang akan bernikah perlu disusun semula mengikut kesesuaian gaya hidup golongan muda yang semakin berubah.

“Pengisian dan intipati kursus perlu menitikberatkan pelbagai aspek berkaitan psikologi perkahwinan, kanak-kanak dan remaja selain kemahiran menangani konflik rumah tangga,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya institusi pengajian tinggi di Malaysia menawarkan program pengajian berkaitan kaunseling kekeluargaan dan perkahwinan kepada para penuntut.

Credit: Bernama

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sesuatu yang berguna buat anda. Jika anda ingin mempelajari rahsia memikat suami yang padat dengan puluhan cara dan teknik terbaik, anda boleh telusuri laman web di bawah ini:
http://ebook.rahsiasulit.com/memikatsuami

JANGAN BIARKAN MEDIA SOSIAL MENGHANCURKAN RUMAHTANGGA ANDA


Pembongkaran Ekslusif RAHSIA MEMIKAT SUAMI Dengan Tips Asas Serta KAEDAH SULIT Yang Jarang Sekali Difikir Atau Dilakukan Oleh Kebanyakan Isteri

Tahukah anda sebenarnya...

Anda tidak perlu menjadi cantik seperti model semata-mata untuk disayangi suami keranakepakaran anda memikatnya akan menjadikan anda sentiasa menjadi nombor satu di hatinya. Anda boleh membawa kembali kebahagiaan seperti hari pertama perkahwinan walaupun anda berdua sudah berpuluh tahun berumahtangga.

Jika hubungan anda dan suami berjalan dengan baik, tahniah diucapkan. Namun ada juga pasangan suami isteri yang tidak menemui kebahagiaan dalam perkahwinan mereka. Hal ini menyebabkan hubungan mereka menjadi semakin tegang dan mengalami gejala-gejala keretakan rumahtangga.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), usia perkahwinan di antara 1 ke 5 tahun adalah kelompok yang paling bermasalah. Ini kerana mereka masih berada dalam proses menyesuaikan diri serta mengenali satu sama lain. Namun, ada juga pasangan yang telah lama berkahwin dilanda krisis akibat daripada masalah yang tidak mampu ditangani bersama. 

Antara penyebab keretakan rumahtangga serta perceraian di Malaysia

Kelemahan Dalam Berkomunikasi Sesama Pasangan
Kurang Mendengar, Terlampau Banyak Bercakap
Tidak Bijak Mengurus Kewangan Keluarga Dan Diri Sendiri
Mudah Mendekati Larangan Agama
Tidak Ambil Berat Solat 5 Waktu
Gagal Bertindak Cepat Selesaikan Konflik
Masalah 'Di Kamar' Dan Kurang Kepuasan
Sudah Tidak Sefahaman
Isteri Kepenatan Bekerja Dan Menguruskan Rumahtangga
Suami Sudah Bosan Dengan Layanan Isteri

Keratan akhbar mengenai kes-kes rumahtangga di Malaysia

Seringkali berlakunya kes-kes poligami dan perceraian, walaupun ianya dibenarkan dalam agama. Namun pastinya akan melukakan hati seseorang wanita yang bergelar isteri. Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh perhubungan suami isteri itu yang kaku serta membosankan. Ini menyebabkan suami mula mencari keseronokan di luar rumah.

Pelbagai permasalahan rumahtangga telah berlaku di kalangan pasangan-pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan juga yang telah lama berkahwin. Adakalanya berpunca dari isu-isu yang remeh-temeh serta perkara-perkara yang tidak masuk dek akal. Ratusan ribu kes penceraian telah berlaku dan jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari.

Jika anda tidak termasuk dalam statistik ini, anda bolehlah menarik nafas lega sekarang. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku pada hari esok. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Walaupun kita sebagai muslimah harus bersangka baik, tetapi persediaan perlu dibuat lebih awal untuk memastikan suami tidak 'buat perangai' di kemudian hari.

Bekalkan diri dengan ilmu

Kebanyakan lelaki inginkan seorang dan wanita yang pandai melayan dan bijak memikat hatinya. Ini bermakna, bukan suami sahaja yang perlu memainkan peranan dalam rumahtangga, bahkan si isteri juga perlu berpengetahuan dan bukannya menunggu arahan dari suami sahaja.

Ada banyak perkara yang suami sukar untuk luahkan terhadap isterinya seperti cara layanan, seks, dan keterampilan isteri. Apabila perkara-perkara tersebut tidak dapat dibaca oleh si isteri, berkemungkinan besar ianya akan di simpan sahaja tanpa berterus terang terhadap isteri demi menjaga hati.

Bukan salah isteri kerana kurangnya ilmu, tetapi ianya disebabkan kurangnya maklumat atau pendedahan tentang cara-cara dan teknik untuk memikat pasangannya. Ditambah pula dengan sikap suami yang tidak mahu berterus-terang. Isteri sukar untuk memahami suami lalu terbentuklah satu tembok yang semakin menebal dari hari ke hari.

Kursus selepas kahwin

Pelbagai kursus telah disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk pasangan yang telah berkahwin dalam mendalami ilmu berumahtangga ini, terutama sekali tentang cara-cara menjadi seorang suami atau isteri yang baik. Akan tetapi keterbatasan masa menyukarkan kebanyakan dari kita untuk menghadirinya. Ditambah pula dengan kesibukan menguruskan rumahtangga, anak-anak dan kerjaya.

Alamak, nak kena pergi kursus ke?

Jangan khuatir jika tidak dapat pergi ke kursus kerana anda boleh mendapatkan ilmu-ilmu tersebut melalui pembacaan bahan ilmiah seperti yang sedang anda lakukan sekarang ini. Untuk itulah laman web ini dibina, untuk berkongsi tips-tips dan petua-petua tentang cara-cara menjadi seorang isteri yang bijak, efektif serta pakar dalam melayan suami.

Pernah dengar istilah ebook? Ebook adalah buku digital yang baca menggunakan komputer atau pun telefon pintar. Zaman semakin canggih, cara menimba ilmu pun semakin canggih. Beginilah cara ilmu disampaikan pada hari ini. Apa sahaja medium pembelajaran, ianya akan menjadi sangat-sangat berguna di saat anda memerlukannya nanti.

Ebook yang boleh dibaca menerusi telefon pintar atau komputer


Apa yang anda selalu lakukan untuk suami?

Menyediakan makanan kegemarannya
Memastikan pakaianya sentiasa bersih dan kemas
Mengejutkannya setiap kali waktu Subuh
Sentiasa mengemas rumah agar selesa didiami
Menjadi pendengar yang setia
Tetap bersamanya dalam susah dan senang
Membantu sedikit sebanyak dari segi kewangan
Menjaga keharmonian rumahtangga
Sentiasa mengalah dan bersabar dengan kerenahnya

Adakah anda rasakan ianya memadai?

YA?
TIDAK?

Jika TIDAK, mahukah anda tahu RAHSIA SULIT bagaimana untuk membahagiakan suami dengan cara yang amat-amat disukainya?

YA?
TIDAK?

Jika YA, anda perlu meneruskan pembacaan anda sehingga ke akhir kerana anda akan menemui sesuatu yang bernilai buat anda

Perlu diingatkan bahawa apa yang dikongsikan ini langsung tiada kaitan langsung dengan ilmu guna-guna, susuk, nasi tangas, ilmu pengasih dan segala macam ilmu-ilmu yang dilarang. Jika anda beranggapan begitu, sila ubah tanggapan tersebut. Laman web ini hanya untuk anda yang ingin mempelajari teknik-teknik sulit memikat hati suami agar suami lebih menyayangi dan merindui anda setiap masa, insyaAllah.


Mengapa anda perlu memikat suami?

Satu persoalan yang baik! Kadang-kala tak ramai di antara kita yang ingin memikat hati suaminya setiap hari. Jika pernah pun pada ketika si isteri inginkan sesuatu dari suami dan pada ketika si suami sedang marah terhadapnya. Selain itu mungkin kerana ada hari-hari tertentu seperti hari lahir suami atau hari ulangtahun perkahwinan.

1. Pertama-tamanya kepentingan memikat hati suami adalah disebabkan oleh cabaran serta godaan yang suami terpaksa hadapi setiap hari dalam waktu bekerja. Tahukah anda bahawa kebanyakan kes-kes keretakan rumahtangga adalah disebabkan oleh hadirnya pihak ketiga? Kebanyakannya adalah datangnya dari pejabat dan tempat kerja yang sama dengan suami.

2. Selain itu, ada juga kes di mana kekasih lama telah menghubunginya semula kerana ingin menyambung kembali hubungan yang telah terputus dipertengahan jalan. Lebih teruk lagi sekiranya si suami menyambut baik permintaan tersebut dan kembali bercinta tanpa rasa bersalah dengan tindakan itu. Memori lama jika dikenang-kenang pasti akan menyemarakkan kembali perasaan yang telah lama terpendam. Jadi berhati-hati.

3. Ketiganya, ada kalanya suami akan membanding-bandingkan layanan yang rakan-rakannya terima dari isteri masing-masing. Berkemungkinan layanan tersebut lebih baik dari layanan isterinya di rumah. Ini menimbulkan rasa cemburu serta rasa tak puas hati di dalam hatinya. Perkara sebegini agak kurang dipersoalkan kerana ianya hanya disimpan dalam hati sahaja.

4. Keempatnya, mengapa anda perlu memikat suami anda adalah kerana lelaki adalah makhluk yang visual di mana penglihatannya suka kepada sesuatu yang cantik serta indah. Tidak hairanlah jika kebanyakan suami suka melihat wanita-wanita yang sedang lalu-lalang walaupun isterinya ada di hadapannya. Walaupun agak menyakitkan hati, namun itulah fitrah seorang lelaki yang normal.

5. Hati bagaikan perut; jika tidak diisi dengan 'santapan', ia akan 'kelaparan'. Jadi penuhilah hati suami anda dengan 'makanan yang terbaik' dari anda supaya hatinya akan tetap bersama anda. Hati juga akan berasa 'lapar' kembali jika lama tidak diisi. Jadi proses memikat suami adalah satu aktiviti yang berterusanJangan berhenti memikat suami anda walaupun anda telah bercucu cicit.

6. Wanita semakin ramai berbanding lelaki. Perhatikan saja di institut-institut pengajian di luar sana. Pelajar wanita mengatasi pelajar lelaki dari segi saiz bilangannya. Jumlah wanita bujang semakin ramai dan ada yang telah mencapai status andartu (anak dara tua). Jangan tak percaya, wanita zaman sekarang lebih sukakan suami orang berbanding lelaki bujang kerana lelaki yang sudah berkahwin lebih understanding dan gentleman.

7. Lambakan warga asing termasuk kaum wanita yang membanjiri negara kita sejak akhir-akhir ini. Pernah dengar wanita asing berkahwin dengan lelaki tempatan? Pastinya banyak kedengaran bukan? Cuma kurang mendapat liputan dari media massa kerana ianya tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang negara. Ada sesuatu yang perlu anda ingat, segelintir yang datang ke sini bukan dengan tangan kosong taw.

8. Kelapannya, pengaruh media sosial seperti facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya. Jika zaman dahulu, nak bersosial harus keluar dari rumah. Tetapi zaman sekarang semuanya hanya di hujung jari sahaja. Tak perlu keluar pun, malah boleh bersosial dari bawah selimut, di atas sofa yang empuk atau di dalam tandas. Tak siapa pun yang akan tahu.

Masih tak cukup? Baca lagi kupasan demi kupasan di bawah ini sehingga habis.



Kalau tak pikat, tak boleh ke?

Pasti setiap lelaki akan suka jika isterinya memikatnya dengan menggodanya, melayannya, membelainya serta mengambil berat akan dirinya. Hanya lelaki yang bermasalah dengan isterinya sahaja yang tidak akan suka. Jadi pastikan anda memikat suami anda sebelum perempuan lain melakukan perkara tersebut terhadap suami anda!

Seromeo mana pun lelaki itu pada ketika dahulu, akan cair juga dengan godaan isterinya sendiri jika kena dengan caranya. Kesalahan isteri adalah beranggapan bahawa aktiviti pikat-memikat adalah pada ketika sebelum berkahwin sahaja. Selepas berkahwin ianya tidak perlu dilakukan lagi. Ada juga kaum isteri yang terlalu sibukdengan urusan kerjaya dan  rumahtangga sehingga terlupa untuk mengambil hati suami.


Tak adillah...asyik isteri je yang nak kena pikat suami?

Pasti di fikiran anda akan timbul persoalan ini. Seharusnya kedua-dua belah pihak harus melakukannya dan bukannya pihak isteri sahaja yang harus bertindak. Anda tidak perlu khuatir kerana apa yang anda lakukan itu bukan untuk sesiapa, untuk suami anda juga yang anda telah setuju menerimanya sebagai teman hidup anda sehingga ke akhir hayat.

Anda tidak rugi apa pun, malah anda akan lebih disayangi dan dihargai oleh suami walaupun tidak diluahkan kepada anda secara lisan. Sebenarnya kaum hawa adalah makhluk yang sangat-sangat pandai memikat serta menggoda. Lihat sahaja bentuk lekuk tubuh badan anda, dengarkan kehalusan suara anda dan amati betapa lembutnya pergerakan anda. Kaum hawa dicipta untuk memikat dan menggoda.


Mengapa suami orang menjadi pilihan? Lelaki bujang tak laku ke?

Sememangnya kaum lelaki semakin tua semakin laku. Lebih-lebih lagi jika lelaki itu mempunyai jawatan, harta atau kedudukan. Selain itu, lelaki yang berusia ini lebih matang dan sabar berbanding dengan lelaki muda. Kebanyakan lelaki yang berusia adalah suami orang dan mempunyai banyak pengalaman hidup. Mereka juga pandai dalam hal ehwal percintaan serta perhubungan.

Bagaikan satu trend dalam masyarakat, wanita muda lebih suka mencari lelaki yang berusia atau suami orang. Lelaki bujang kebanyakannya kurang stabil dari segi kewangan. Selain itu tahap emosinya sering-kali tidak menentu, suka mengikut kata hati serta sering menurut nafsu amarah. Hal-hal sebeginilah yang membuatkan 'saham' lelaki berusia yang kebanyakannya berstatus suami orang meningkat.

Pada pemikiran akal yang sihat, bercinta dengan suami orang adalah tidak wajar dan perlu dijauhkan. Namun kebanyakan wanita yang telah terjebak akan mengganggapnya sebagai jodoh ketentuan dan tidak kisah jika digelar sebagai perampas. Memang benar, jika nasi dah menjadi bubur tak ada apa yang boleh dibuat lagi. Namun ianya boleh dicegah sebelum ianya berlaku.


Mengapa kebanyakan suami semakin bosan dengan isterinya?

Semakin lama berumahtangga, semakin kurang kemesraan di antara suami dan isteri. Namun ada juga pasangan yang semakin hari semakin sayang. Tetapi realitinya, tak ramai pasangan yang mampu mengekalkan kebahagiaan seperti tahun-tahun pertama perkahwinan. Salah satu puncanya adalah rasa kebosanan terhadap pasangan yang kebanyakannya dirasai oleh suami terhadap isterinya.

Menjadi isteri tidak semudah seperti yang disangka kerana tanggungjawabnya amat berat. Bukanlah untuk mencari kesalahan suami mahu pun isteri. Setiap perkara itu pasti ada penyebab. Jika penyebab itu dikenalpasti, lebih mudah untuk menanganinya. Di bawah ini adalah antara sebab mengapa suami bosan terhadap isterinya. 


1. Keadaan isteri itu sendiri yang tidak terurus
Amat jarang seorang suami mengurus rumahtangga seperti memasak, mengemas, menjaga anak dan sebagainya. Hampir kesemua tugasan ini dilakukan oleh isteri sehinggakan penampilan dirinya kelihatan seperti pembantu rumah yang tidak terurus.


2. Suami kurang mendapat perhatian dari isteri
Bukan isteri sahaja yang perlukan perhatian, malah suami juga perlukannya ketika berada di rumah. Dalam kesibukan dengan segala macam tugasan, berikan sedikit masa untuk berbual-bual dengan suami dan bermanja-manjaan dengannya.


3. Ada wanita yang lebih baik dari isterinya
Ianya sangat berkait rapat dengan poin di atas. Suami yang kurang mendapat perhatian dari isterinya, akan lebih mudah menjalinkan hubungan dengan wanita yang dapat melayannya dengan lebih baik dan perkara ini banyak kali berlaku dalam masyarakat kita.


4. Perangai isteri tidak sama seperti semasa bercinta dahulu
Kata orang tua-tua, semasa bercinta semuanya indah-indah belaka. Tetapi selepas berkahwin, baru tahu perangai sebenarnya. Apabila suami telah nampak 'true colour' isteri yang sebenarnya, suami mula berubah hati.


5. Isteri yang terlalu bergantung terhadap suami
Kebanyakan suami mahukan seorang isteri yang tahu berdikari. Boleh ke pasar sendiri, boleh ke tempat kerja sendiri, boleh menukar tong gas sendiri dan sebagainya. Terlalu bergantung pada suami menyebabkan suami merasa sedikit tertekan dan menjadi bosan.


6. Isteri yang sudah tidak cantik lagi
Salah satu sebab lelaki mengahwini wanita itu adalah disebabkan oleh kecantikannya. Semakin berumur, kecantikan akan semakin pudar. Jika dibiarkan tanpa melakukan sebarang usaha, isteri akan nampak lebih tua dari suaminya.


7. Rumah yang bersepah
Setiap suami ingin berehat dan mencari ketenangan di rumah. Namun jika keadaan rumah tidak seperti yang diharapkan, berkemungkinan besar suami akan mencari ketenangan di luar rumah.


8. Tiada zuriat
Anak adalah penyambung generasi. Rumah akan sunyi jika tiada gelak ketawa dari anak-anak. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya ibubapa campurtangan dalam masalah ini lebih-lebih lagi jika ianya berpunca dari isteri.


9. Isteri tidak mampu melunaskan keinginan seks suami
Melayan keinginan batin suami adalah tanggungjawab yang wajib dijalankan oleh seorang isteri. Jika isteri asyik mengelak dengan pelbagai alasan, suami mana yang mampu bertahan. Akhirnya suami akan mencari yang lain juga.


Bagaimana cara nak pikat suami?

Jika suami dah semakin bosan, jangan berdiam diri sahaja. Seringkali para isteri terlupa bahawa suami juga perlu dipikat dan digoda. Jika dahulu suami anda bersusah payah memikat anda sehingga ke jinjang pelamin, jadi apa salahnya jika sekarang ini anda pula yang memikatnya. Di sini diperturunkan beberapa tips untuk anda.

1. Rajinkan diri untuk berhias
Jangan hanya bersolek ketika berada di luar rumah sahaja. Bersoleklah ketika berada di rumah kerana semua suami suka melihat isteri yang sentiasa kelihatan cantik.

2. Memakai bauan atau wangian yang menyenangkan
Anda memiliki koleksi minyak wangi? Jangan disimpan sahaja. Gunakannya di rumah kerana wangi-wangian mampu membangkitkan semangat suami.

3. Mengenakan pakaian yang mampu menerbitkan keghairahan suami
Pernah memiliki 'Lingerie Dress'? Jika tidak, anda boleh membelinya dengan modal serendah RM10 sahaja. Selain itu, berkain batik sahaja juga mampu mengghairah suami.

4. Serlahkan sifat feminin anda
Sifat lelaki dan wanita adalah berlawanan. Daya tarikan seorang wanita terletak pada sifat kewanitaannya. Semakin anda feminin, semakin terpikat suami terhadap anda.

5. Bersikap sopan serta menjaga adab
Wanita yang memiliki sifat-sifat ketimuran lebih kelihatan seksi. Duduk merapatkan peha serta tersipu-sipu malu memberikan isyarat 'saya masih terpelihara'.

6. Pastikan kamar tidur dalam keadaan yang kemas
Masih ingat lagi kamar tidur anda pada malam pertama? Cuba usahakan supaya kamar tidur anda kelihatan seperti itu.

7. Ajak suami solat bersama
Suami adalah ketua keluarga dan merangkap imam bagi anda dan anak-anak. Lazimi diri mengajak suami berjemaah. Itu sebagai isyarat bahawa anda mengiktirafnya sebagai pemimpin yang anda hormati.

8. Berikan ciuman harian
Selalu salam dan cium tangan suami sebelum suami pergi bekerja? Ada satu lagi yang perlu ditambah, iaitu ciuman di pipi dan bibir. Sebelum beliau melangkah keluar, peluk suami dan katakan yang anda sangat sayang padanya.

9. Buatkan air kegemarannya
Ketika suami sedang leka menonton televisyen atau melakukan sesuatu, buatkan air milo, susu, teh, kopi atau sebarang minuman kegemarannya.

10. Kerap memberikan pujian dan pengiktirafan
Cari kelebihan yang ada pada suami anda puji secara ikhlas. Jika suami anda pandai bermain gitar, pujilah kehebatannya mengalunkan melodi dari gitarnya itu.

11. Kerap sentuh tubuh badan suami
Sentuhan lebih bermakna dari kata-kata. Anda boleh sentuh wajahnya, tangannya atau mana-mana anggota badannya yang anda fikirkan sesuai untuk disentuh.

12. Penuhi kemahuan suami
Tiada sebab untuk anda menolak kemahuan suami melainkan jika ianya menyalahi syara'. Sekiranya anda dapat memenuhi kehendaknya, dia akan lebih menyayangi anda.

13. Jadilah proaktif
Jangan jadi seperti kayu. Seorang suami memerlukan seorang isteri yang dapat melakukan sesuatu perkara secara kerjasama. Jika anda aktif dan proaktif, anda dapat mencungkil kesemua potensi yang berada di dalam diri anda.

14. Berani melakukan inisiatif
Jangan hanya menunggu suami. Anda juga perlu perlu memulakannya dengan ajakan yang menggoda. Buang segala sifat malu itu. Suami pasti akan lebih terangsang jika anda mulakannya dahulu.

15. Berikan kejutan yang tidak disangka-sangka
Semua orang sukakan kejutan. Cuba sekali-sekala bersembunyi di belakang pintu ketika suami sedang memasuki bilik. Peluk suami anda dari belakang dan tariknya ke katil. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, suami anda pasti teruja!



Namun adakah itu sudah cukup? 

Sebenarnya sentiasa ada cara untuk anda memikat suami sama ada dengan cara lama atau pun dengan cara yang terkini. Cara-cara di atas adalah sebahagian kecil daripada cara-cara yang bakal anda ketahui nanti. Lebih banyak cara, lebih banyak keseronokan dan tidak membosankan. Suami pasti akan tertanya-tanya dari mana anda mempelajarinya.

Inilah rahsia bagaimana untuk memikat dan pada masa yang sama dapat menambat hati suami agar suami anda benar-benar menyayangi anda seorang sahaja. Jika anda ingin menambat suami, tambatlah perutnya. Jika anda ingin memikat suami, pikatlah hatinya, zahirnya dan batinnya sekaligus.

Isteri yang dicintai oleh suami bukan sahaja dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya, bahkan berupaya menjadi seorang penghibur yang terbaik. Anda mungkin tidak pernah mempelajarinya di kursus perkahwinan yang pernah anda hadiri, namun anda boleh menguasai kemahiran ini asalkan anda mahu untuk belajar. 

Anda tidak perlu keluar dari rumah pun kerana saya sudah menyediakan satu panduan yang sangat-sangat mudah dan efisyen untuk anda ikuti. Anda boleh mempelajarinya hanya dengan menggunakan telefon pintar atau komputer anda. Muaturunnya sekali dan anda boleh gunakannya berulang-ulang kali tanpa rasa risau jika ianya rosak.


Nak tahu tips-tips yang lebih sulit?

Inilah tujuan utama laporan ini ditulis. Untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada anda bagaimana cara untuk memikat dengan cara yang sangat-sangat diingini oleh kebanyakan suami di muka bumi ini. Jika anda benar-benar berminat untuk mengetahuinya, saya akan membongkarkannya kepada anda.

Rahsia Memikat Suami adalah sebuah produk digital dalam bentuk ebook yang terkandung di dalamnya rahsia-rahsia dan teknik-teknik sulit bagaimana untuk memikat suami dengan cara yang berkesan tanpa membuang banyak masa dan belanja. Malahan ianya mengandungi idea-idea yang jarang sekali dilakukan oleh kebanyakan isteri terhadap suaminya.


Bab-bab yang terkandung di dalamnya digarap kemas beserta ilustrasi yang menarik supaya mudah difahami. Isi kandungannya amat padat dan ringkas, jadi anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk membacanya. Baca dan fahamkan sepintas lalu kemudian terus buat praktikal.


Terdapat lebih 60 tips dan idea tentang cara-cara memikat suami yang boleh anda praktikkan sendiri di luar rumah, di dalam rumah dan di dalam kamar tidur anda. Disertakan dengan gambar-gambar ilustrasi yang menarik yang dapat menangkap di minda anda untuk memahaminya.


Apa gunanya ilmu sebegini buat anda?

Oh ya, pasti anda nak tahu apa gunanya ebook ini kepada anda kan? Di bawah ini dihuraikan mengapa anda harus mendapatkan ebook ini.

Jika anda malu untuk bertanya tentang perkara-perkara sebegini pada rakan-rakan anda, inilah tempat yang sesuai bagi anda mendapatkan maklumat. Sebuah panduan yang menerangkan cara-cara untuk memikat suami tanpa perlu berjumpa dengan sesiapa. Kini anda tidak perlu malu dan segan lagi.

Sesuai dengan tajuknya, Rahsia Memikat Suami; sudah pastinya ianya berkisar tentang cara-cara untuk memikat suami. Tetapi ianya lebih 'special' kerana anda akan mengetahui bukan sahaja cara-cara memikat hatinya, tetapi anda akan ketahui juga cara-cara untuk memikat segala deria rasa yang dia ada seperti deria penglihatan, sentuhan, rasa, pendengaran dan juga deria bau.

Antara perkara yang paling kaum suami suka adalah hubungan intim suami isteri atau pun disebut sebagai jimak, persetubuhan, bersenggama atau pun hubungan seks. Di dalam ebook ini ada diajarkan tentang cara-cara melayan syahwat suami dengan cara yang mampu mengujakannya. Ini akan memberikan anda 'input' bahawa hubungan seks bukan hanya untuk suami, tetapi untuk isteri juga yang boleh berperanan sebagai 'nakhoda' dalam pelayaran yang hebat!

Sedikit fakta untuk anda; 'organ seks yang terbesar bagi manusia adalah otak' terutama sekali bagi kaum lelaki. Jika anda berjaya memikat fikirannya secara visual, bermakna anda telah berjaya memikat separuh dari dirinya. Jadi tugas anda akan menjadi semakin mudah untuk melakukan tindakan yang seterusnya.

Anda juga akan mengetahui sifat-sifat yang perlu dijauhi oleh seorang isteri sekiranya ingin lebih disayangi oleh suami. Kebanyakan isteri-isteri masakini kurang menitik beratkan tentang perkara ini kerana beranggapan suaminya tidak kisah walaupun jauh di sudut hati suami tidak begitu berkenan dengan perangai isterinya. Ini adalah salah satu punca mengapa suami bercita-cita untuk mencari yang lain. Apabila suami dah buka 'cawangan' baru, barulah isteri menyesal dan mahu berubah.

Jika ada sifat-sifat yang perlu dijauhi, pasti ada juga sifat-sifat yang perlu didekati dan diterapkan di dalam diri. Di dalam ebook ini tidak membincangkan tentang personaliti namun ada dikongsikan juga tentang sifat-sifat khas yang perlu ada dalam diri seorang isteri. Walaupun ianya nampak seperti tidak begitu penting, namun ianya akan menjadi sangat-sangat berguna kepada anda dalam jangka masa yang panjang.

Oleh kerana ebook ini tentang cara-cara memikat suami, tak lengkap rasanya jika tidak diselitkan dengan teknik-teknik memikat suami dengan menggunakan perkara-perkara yang dia suka. Mengikut kajian, hanya 12% wanita sahaja yang tahu mengekspoitasikan kegemaran suami untuk menambat hatinya. Manakala yang lainnya hanya menggunakan masakan serta seks untuk tujuan tersebut. Jika anda tahu rahsia tersebut, lebih mudah anda dapat memikat hatinya.

 Selain itu anda dapat mencegah suami dari mencari wanita yang lain di luar sana. Selalu dengar cerita tentang suami berskandal, suami ada kekasih gelap, suami main kayu tiga...malahan empat atau lima dan sebagainya? Bila nasi sudah menjadi bubur, isteri juga yang akan dipersalahkan. Suami akan kata, isteri tak pandai melayanlah, tak faham dirinyalah, tak reti itulah, tak reti inilah. Jika anda diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu memikat suami, tak ada peluang untuk suami berikan alasan lagi.

Selalu menggunakan peranti-peranti elektronik yang canggih-canggih seperti telefon pintar (smart phone), komputer riba (laptop) dan komputer? Sering menggunakan aplikasi-aplikasi di internet seperti facebook, whatsapp, weechat dan sebagainya? Ini berita baik buat anda. Ada rahsia dan teknik khas untuk anda gunakan di alam cyber. Gunakan semaksima mungkin segala apa yang ada.

Dan banyak lagi...selepas anda membacanya pasti anda akan merasakan yang ianya sangat-sangat berbaloi untuk memilikinya!


Manafaat buat anda

Anda akan mendapat masa berkualiti yang lebih panjang bersama suami kerana jika anda melakukan tips-tips yang dikongsikan di dalam ebook, insyaAllah suami anda akan mengurangkan aktiviti luarnya dan menghabiskan masa lebih banyak di rumah.

Anda dapat meredakan tekanan anda dan suami anda. Hubungan yang sihat dalam perkahwinan mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan.

Jika fizikal anda kurang menarik, inilah masanya untuk anda mengimbangi kelemahan tersebut dengan layanan yang mengujakan suami. Biarlah tiada rupa tetapi pandai memikat suami. Suami pasti akan lebih menyayangi anda, insyaAllah.

Kebiasaannya, pertengkaran suami isteri akan diselesaikan dengan perhubungan seks. Di dalam ebook ini ada juga bab mengenai peranan anda di kamar. Jadi anda berdua boleh melepaskan kegeraman dan kemarahan itu sepuasnya melalui seks yang sihat.

Apa yang penting, usaha dan ikhtiar beserta ilmu. Anda tidak akan rugi apa pun kerana suami anda pasti mengetahui yang anda telah cuba untuk memenangi hatinya. Lelaki yang baik tidak akan mensia-siakan isteri yang setia.

Anda boleh perturunkan ilmu-ilmu ini kepada anak-anak perempuan anda. Ilmu dari ibu itu lebih berkat.


Ebook ini sesuai untuk...

Wanita yang ingin mendirikan rumahtangga
- Wanita yang ingin berkahwin tidak mempunyai pengalaman berumahtangga. Jadi ebook ini sesuai untuk mereka-mereka yang bakal bergelar isteri.


Wanita yang baru mendirikan rumahtangga
- Pasangan yang baru mendirikan rumahtangga sebenarnya masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Ebook ini merupakan pembantu untuk isteri dalam proses ini.


Wanita yang telah lama berkahwin
- Tidak salah untuk isteri yang telah lama berkahwin untuk menggunakan tips-tips di dalam ebook ini kerana ianya akan menyemarakkan lagi kasih sayang yang sedia ada.


Wanita yang ingin berkahwin semula
- Jika anda pernah berkahwin dan ingin berkahwin semula, anda ada sebab yang kuat untuk memiliki ebook ini. Walaupun setiap lelaki itu berbeza, namun ada banyak persamaan di antara mereka yang anda boleh tawan.


Pasangan mengalami masalah rumahtangga
- Jika suami anda mula dingin dengan anda, inilah masanya untuk anda sebagai seorang isteri memainkan peranan anda supaya rasa kasih suami kembali hangat terhadap anda.


Adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan ebook Rahsia Memikat Suami?

Jika diikutkan hati saya, saya ingin meletakkan nilai sebanyak RM500 kerana saya telah memperuntuk masa yang lama untuk menghasilkan ebook ini dan laman web yang sedang anda baca ini. Saya telah mengorbankan masa yang sepatutnya saya gunakan untuk keluarga saya. 


Tetapi saya tidaklah sekejam itu kerana ilmu itu adalah pinjaman daripada Yang Maha Esa. Terfikir juga untuk memberikannya secara percuma, namun saya rasakan ianya hanya akan membuatkan ilmu itu tidak dihargai. Hanya akan tersimpan sahaja di dalam hard disk tanpa diamalkan.
Dengan itu saya menawarkan nilai sebanyak...


RM500

Arrow


RM100


RM60


"NANTI DULU... saya ada BONUS ISTIMEWA untuk anda! Sila scroll ke bawah lagi"


Jika anda menempah sekaranganda akan mendapat sebuah ebook yang membongkar 25 luahan hati suami yang akan membuatkan anda terkejut dan tersentak. 

PERCUMA BUAT ANDA Jika Anda Membuat Tempahan Sekarang
EBOOK 25 PERKARA YANG SUAMI INGIN ISTERI TAHU TETAPI SUKAR UNTUK DILUAHKAN

BERNILAI RM50...

NAMUN IANYA PERCUMA JIKA ANDA MENEMPAH SEKARANG!!!

Anda tahu apa yang selalu berada di dalam fikiran suami? Pasti tidak bukan?
Kebanyakan suami tidak mahu luahkannya tetapi nak sangat anda tahu perkara-perkara tu.
Jika mengetahui perkara-perkara tersebut, anda akan lebih memahami suami anda dan dapat melakukan apa yang sepatutnya.
Digarap kemas beserta dialog yang mungkin suami anda akan ucapkan kepada anda.
Pada setiap perkara, ada penerangan yang serba padat untuk anda lebih memahami luahan hati tersebut.
Disertakan sekali dengan gambar ilustrasi yang cantik dan menarik.
Ada juga disertakan kaedah penyelesaian buat setiap perkara.

"Oppss, NANTI DULU... saya ada BONUS ISTIMEWA lagi untuk anda! Sila scroll ke bawah lagi"

PERCUMA BUAT ANDA Jika Anda Membuat Tempahan Sekarang

EBOOK 150 KATA-KATA ROMANTIK POWER BUAT SUAMI

BERNILAI RM70...

NAMUN IANYA PERCUMA JIKA ANDA MENEMPAH SEKARANG!!!

Tak ada idea nak ucapkan kata-kata yang boleh meluluhkan hati suami? Tak perlu susah-susah memikir bagai nak rak. Copy paste saja...settle!
Jika nak pikat suami, ayat kena power. Gunakan mana-mana ayat yang anda berkenan dalam ebook ini.
Ini bukanlah ayat-ayat jiwang leleh, tetapi ayat-ayat yang bersahaja khas untuk memikat suami.
Jika anda guna 1 hari 1 ayat, bermakna anda dah ada 150 ayat yang anda boleh gunakan selama 3 bulan lebih!
Anda boleh selitkannya dalam ucapan seharian kepada suami, barulah romantik.
 Anda juga boleh gunakannya secara text di whatsapp dan smsSuami akan tersenyum sorang-sorang ketika membacanya di pejabat.
Anda boleh ubah dan edit supaya sesuai dengan keadaan dan masa.
Yang paling special, kata-kata menggoda yang membuatkan suami tak sabar-sabar untuk menarik anda ke kamar. Suami pasti hilang akal jika membacanya.


Memandang anda sudah berjaya sampai ke perenggan ini, anda sebenarnya amat berminat untuk mendapatkan ebook-ebook ini. Jadi saya akan tawarkan anda nilai yang paling-paling istimewa...

TAWARAN ISTIMEWA UNTUK ANDA!!!

BUKAN RM60.000


BUKAN RM50.000

RM30.00

HARGA INI TIDAK AKAN KEKAL LAMA...

(Terhad kepada 100 80 60 43 pembeli terawal sahaja)

Ini jaminan saya kepada anda:

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan ilmu-ilmu yang terkandung di dalam ebook ini, kami akan memulangkan semula wang anda tanpa sebarang soalan. Sah dalam masa 7 hari anda menerima ebook.

Refund diuruskan oleh: RahsiaSulitDotCom

Sila WhatsApp/SMS O1767273OO


  • Berkemungkinan saya akan mengubah fikiran untuk menaikkan harganya pada bila-bila masa.

  • Atau berkemungkinan anda tidak akan menemui laman web ini lagi...




P.S:
 Kes-kes suami curang sering berlaku dengan alasan isteri tidak mengambil hatinya.

P.S.S: Kes-kes poligami dan penceraian juga sering berlaku dengan sebab yang sama, suami tidak mendapat layanan seperti yang diharapkan dari isteri.

P.S.S.S: Inilah peluang anda untuk mencegahnya daripada berlaku dalam perkahwinan anda, kita tidak dapat menjangkakan apa yang bakal terjadi namun kita boleh berusaha untuk menghindarinya. Usaha, ikhtiar, ilmu, doa dan tawakal adalah jalan yang terbaik!